Buah Rockmelon dijual pada Harga RM 116,643.00

Di Jepun rockmelon sememangnya dikenali buah berstatus tinggi dan mahal.

Pada sabtu yang lepas satu pasangan melon premium telah dijual pada harga rekod 3,2 juta yen bersamaan RM 116,643.30 di lelongan di Pasar Borong Sapporo Central di utara Hokkaido.

Buah rockmelon jenis Yubari melons yang dituai awal musim ini telah mencatat rekod baru bagi harga rockmelon tertinggi di dunia.

Tawaran buah bermusim di Jepun secara rutin menarik pembeli yang mencari prestij sosial, atau dari pemilik kedai yang ingin menarik pelanggan yang meminati buah mewah seperti rockmelon.

Angka itu – cukup untuk membeli sebuah kereta baru di Jepun – mendahului rekod sebelumnya untuk buah rockmelon jenis yang sama dengan 3 juta yen kira – kira dua tahun yang lalu.

Melon Yubari dapat tumbuh dengan baik pada tahun sekiranya mendapat cahaya matahari yang mengcukupi.

Melon Yubari dianggap simbol status di Jepun – seperti wain yang halus – dengan banyak yang dibeli sebagai hadiah untuk rakan-rakan dan rakan sekerja.

Melon Yubari yang berkualiti tinggi mempunyai bentuk bulat yang sempurna dengan kulit licin, sama rata.

Tangkai berbentuk T ditinggalkan pada buah, yang biasanya dijual dalam kotak hiasan.

Buah-buahan biasa juga agak mahal di Jepun.

P/S: Bila rockmelon Malaysia nak dapat harga macam in???

Kongsikan!
  •  
  •  
  •  
  •  
This entry was posted in Berita Tani, Melon, Rockmelon and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply