Madu: Pengalak Akar Semulajadi

Madu boleh digunakan sebagai pengalak akar semulajadi.

Madu boleh berfungsi dengan baik sebagai hormon perakaran disebabkan sifatnya yang antiseptik dan anti-kulat semulajadi.

Dengan kata lain, madu dapat melindungi keratan dari patogen dan kulat serta membolehkan akar tumbuh dengan baiknya.

Walaupun hasilnya tidak dapat dilihat secepat berbanding hormon perakaran sintetik digunakan, namun begitu madu dapat memberikan kadar kejayaan yang tinggi dalam menghasilkan pengklonan pokok melalui keratan.

Untuk menggunakan madu sebagai hormon pengalak akar, cukup mencelup keratan ke dalam madu untuk membuat lapisan nipis di atas tisu yang dipotong.

Selepas meceluh keratan dengan madu, letakkan keratan ke medium yang dikehendaki.

Kebiasanya hormon perakaran sintetik akan membantu tumbuhan mengeluarkan akar baru selama tiga hingga lima hari.

Manakala menggunakan madu untuk keratan, pembentukan akar boleh dilihat dalam masa tujuh hingga 14 hari.

Selamat mencuba.

Harress
Latest posts by Harress (see all)

About Harress

Senior Editor myagriDotComDotMy yang serius sewaktu berkebun.
This entry was posted in CARA PENANAMAN, Hormon, Nota Tani, Pertanian Umum and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply