Tips: Meningkatkan Hasil Tanaman Timun

Myagri Consulting kongsikan beberapa tips yang kami gunakan untuk meningkatkan hasil tanaman timun.

Tips ini boleh digunakan pada penanaman timun secara fertigasi atau pun secara konvensional.

Berikut adalah 4 tips untuk meningkatkan hasil tanaman timun.

1. Panjangkan tempoh tuaian timun sehingga 5 – 5.5 minggu. Kebanyakkan pengusaha timun hanya mampu menuai hasil timun sekadar 3 – 4 minggu sahaja. Dengan memanjangkan tempoh tuaian hasil timun akan bertambah.

2. Bagi memanjangkan tempoh tuaian pasti pokok sihat dan bebas daripada serangan penyakit. Antara penyakit yang sering menyerang tanaman timun adalah kulapok downy atau pun downy mildew. Beri perhatian pada simptom kulapok downy. Lakukan kawalan daripada awal untuk mencegah downy daripada merebak.

3. Sebelum bunga betina keluar beri perhatian pada serangga lalat putih. Bunga betina akan keluar pada minggu 3 selepas penanaman. Ini kerana pada peringkat ini tanamann timun kurang tahap serangan virus daripada lalat putih.

4. Lakukan semburan foliar super power K untuk meningkatkan aruhan bunga betina.

Pengurusan tanaman yang cekap serta teknik yang betul dapat membantu meningkatkan hasil tanaman timun anda. Selamat mencuba.

Untuk maklumat lanjut berkenaan baja foliar super power K boleh klik di sini

Bacaan lanjut berkenaan downy mildew klik sini

Kongsikan!
  •  
  •  
  •  
  •  
This entry was posted in Fertigasi, Tanaman Fertigasi, Timun, Timun fertigasi and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply