Bolehkah Baja Fertigasi AB dispray secara Foliar?

Banyak pertanyaan daripada pembaca MYAGRI bertanya berkenaan bolehkah baja ab digunakan sebagai baja foliar atau baja fertigasi ini digunakan untuk disemburkan kepada pokok?

Bolehkah baja fertigasi digunakan sebagai penganti kepada baja foliar?

Bagaimana boleh gunakan baja fertigasi ini sebagai baja foliar?

Jawapannya adalah Ya.

Baja fertigasi boleh digunakan sebagai foliar dan kita boleh spray atau sembur pada pokok.

Baja fertigasi mengandungi 10 komponen baja yang merangkumi unsur mikronutrien dan makronutrien.

Jadi secara umumnya, baja fertigasi lengkap dengan segala unsur atau nutrien yang diperlukan oleh tanaman.

Secara umumnya, tanaman memerlukan 14 jenis nutrien untuk memberikan pertumbuhan dan hasil yang optimum.

Jadi baja fertigasi tidak kira sama ada baja fertigasi cili, terung, timun dan lain – lain, semua nutrien lengkap dalam baja itu.

Bagaimana kita nak gunakan baja fertigasi sebagai baja foliar ini?

Senang saja.

Kita bancuh baja fertigasi dengan kepekatan EC 2.0 – 2.4 dan spray pada pokok.

Saya sarankan gunakan baja fertigasi cili untuk semburan foliar pada pokok cili.

Sebagai contoh, jika kita tanam terung, kita gunakan baja terung sebagai semburan foliar pada pokok terung kita.

Kiranya spesifik lah ikut jenis tanaman.

Semburan foliar ab fertigasi ini juga boleh dicampur dengan racun penyakit dan serangga perosak.

Penggunaan baja foliar ab ini tidak secantik semburan foliar seperti calcium boron yang digunakan unutk mengurangkan calsium defiencies pada buah cili.

Tetapi boleh membantu dalam meningkatkan pertumbuhan dan hasil tanaman anda.

Serta jimat kos baja foliar anda.

Selamat mencuba!

Kongsikan!
  •  
  •  
  •  
  •  
This entry was posted in Baja, Baja Foliar, Fertigasi and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply