Majlis Penasihat Pertanian Negara diumumkan tanggungjawab – Utusan

PUTRAJAYA 5 Jun – Majlis Penasihat Pertanian Negara akan berperanan untuk memberi saranan dalam mempertingkatkan keselamatan bekalan makanan serta mengurangkan kebergantungan import.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub berkata, kerajaan juga berharap majlis berkenaan dapat memberi saranan menggandakan eksport hasil pertanian dan industri asas tani sekali gus meningkatkan pendapatan golongan dalam sektor berkenaan.

“Kita berikan kebebasan kepada mereka untuk memberi pandangan mengenai masa hadapan bidang pertanian negara, untuk memudahkan pentadbiran, salah seorang daripada Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian akan juga menganggotai majlis ini,” katanya dalam sidang akhbar bagi mengumumkan empat anggota Majlis Penasihat Pertanian Negara di Wisma Tani, di sini hari ini.

Tokoh-tokoh yang diumumkan itu termasuk bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Abdul Rahman Mamat selaku pengerusi majlis penasihat berkenaan serta Pengarah Eksekutif Leong Hup International Sdn. Bhd., Tan Sri Francis Lau Tuang Nguang.

Turut menganggotai majlis tersebut adalah Pengarah Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan, Prof. Datin Paduka Dr. Fatimah Mohd. Arshad serta usahawan perniagaan dalam talian, Mohd. Najib Asaddok. – UTUSAN ONLINE

Kongsikan!
  •  
  •  
  •  
  •  
This entry was posted in Berita Tani and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply