Mengenal Virus Lalat Putih Pada Tanaman Cili

Pada article kali ini, team MYAGRI akan kongsikan cara paling mudah untuk kita mengenal virus lalat putih pada tanaman cili kita.

Tidak kira tanaman cili secara fertigasi atau pun konvensional.

Tanda atau simptomnya adalah sama.

Virus lalat putih atau pun tmv dibawa oleh lalat putih.

Lalat putih merupakan vektor atau pembawa tmv ini.

Cara paling mudah adalah dengan melihat tanda pada daun pucuk cili sendiri.

Disertakan gambar bagi anda semua lebih jelas dan faham.

Pucuk daun cili yang dijangkiti virus lalat putih akan kelihatan hijau kekuningan dan berbelak hijau tua dan hijau muda.

Daun juga akan merekot.

Urut daunnya pula kelihatan hijau tua, manakala epidermis daun akan kelihatan hijau kekuningan.

Ini kerana virus akan memecahkan molekul chloroplast di dalam sel daun menyebabkan warna daun luntur daripada hijau pekat atau hijau muda kepada hijau kekuningan.

Lalu, daun akan kehilangan kecekapan untuk proses fotosintesis kerana kehilangan sel chloroplast ini.

Manakala pokok yang sihat tidak menunjukkan sebarang tanda.

Boleh perhatikan gambar di atas.

Diharap maklumat ini dapat membantu anda mengenal pasti dengan lebih tepat tanaman cili yang dijangkiti virus lalat putih.

Harress
Latest posts by Harress (see all)

About Harress

Senior Editor myagriDotComDotMy yang serius sewaktu berkebun.
This entry was posted in Cili, Cili padi, Fertigasi, Fisiologi Tumbuhan, Kawalan serangga tanaman and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply