Kelazatan Durian IOI

Musim durian tiba lagi pada tahun 2018.

Sememangnya musim raja buah ini dinantikan ramai oleh pengemarnya.

Rasa Keenakan durian menjadi pilihan dan kegemaran segenap lapisan masyarakat negara ini.

Durian atau nama saintifiknya Durio zibethinus Murr tergolong dalam keluarga Bombaceae.

Tanaman durian ini boleh dan sesuai ditanam di seluruh negara.

Kini, hampir 200 varieti durian didaftarkan Jabatan Pertanian Malaysia (DOA).

Antaranya, varieti komersial seperti D24, D99 (Kop Kecil), D145 (Durian Hijau/Beserah), D168 (ioi/Hajah Hasmah), D160 (Tekka/Buluh Bawah), D197 (Raja Kunyit/Musang King) dan bermacam-macam lagi.

Mengikut statistik Tanaman Buah-Buahan Jabatan Pertanian 2015, sebanyak 70,607.8 hektar tanaman durian diusahakan dengan keluasan berhasil 51,048.6 hektar di seluruh Malaysia. Pahang sahaja memiliki 15,423.9 hektar dengan keluasan berhasil 10,940.8 hektar.

Sementara itu, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyenaraikan Pahang sebagai pengeluar utama durian dengan jumlah keseluruhan pengeluaran kira-kira 30,030 tan dalam tempoh enam bulan tahun ini bermula Jun hingga November depan.

Perak menduduki tempat kedua dengan 8,405 tan diikuti Johor 6,821 tan.

Varieti durian seperti Musang King, IOI dan D24 berada di kedudukan teratas permintaan daripada penggemar tempatan dan luar negara. Tidak ketinggalan durian kampung yang tetap masih disukai kerana faktor harga dan rasanya.

Berbanding pada musim yang lepas, harga durian telah menjadi harga mampu bau dan lihat berbanding pada musim terbaru ini.

Pada musim yang lepas harga durian kampung sahaja mencecah RM 20 – 30 per kg, manakala harga durian kahwin atau klon mencecah sehingga RM 60 – 100 per kg bergantung kepada varieti terutama Musang King, IOI dan D24.

Tiga varieti memang dikenali dengan rasanya lazat.

Artikel kali ini kita akan tumpukan pada durian IOI.

Klon Durian IOI atau D168 / Hajah Hasmah atau Mas Muar berasal daripada Muar, Johor dan didaftarkan pada 24 Mei 1989.

Buah durian IOI adalah sederhana besar, bulat dengan warna kulit hijau perang,

Tangkai pendek dan kecil dengan purata berat buah 1.5 kg.

Kelebihan utama bagi varieti ini adalah ia mudah dibuka untuk dimakan.

Isinya pula adalah berukuran sederhana besar, tekstur yang pejal dan berwarna kuning oren.

Isinya sederhana tebal dengan rasa lemak manis dan sedikit pahit.

Sedikit asal usul varieti IOI ini.

Pokok asal durian ini adalah terletak di halaman rumah Hajah Hasmah dengan hanya sepohon durian sahaja.

Durian yang ditanam ini, tidak penah dijual walaupun ingin dibeli oleh ramai orang.

Hajah hanya memberikan buahnya kepada jiran dan saudara-maranya sahaja.

Apabila musim durian, hajah menghadapi tupai yang sering menyerang buah duriannya.

Hajah Hasmah memanggil jiranya yang memiliki senapang untuk menembak dan memburu tupai yang menyerang pokok duriannya.

Selain daripada membayar jirannya dengan wang, beliau juga memberikan buah durian kepada jirannya sebagai upah.

Jiran juga mengutip ranting – ranting yang patah kesan daripada tembakan tadi dan membiakkan.

Hasilnya pokok-pokok yang dibiak mulai berbuah dan memiliki cita rasa dan berpenampilan sama dengan pohon induk.

Sejak daripada itu orang ramai memperbanyak dan menanaman pokok durian daripada keturunan durian milik hajah hasmah.

Dan pada 24 Mei 1989 durian milik Hasmah itu didaftarkan sebagai varietas durian unggul dengan nama mas muar dan code pendaftaran D-168.

Untuk memberi pulangan lumayan dan menguntungkan, pekebun durian di negara ini perlu beralih mengusahakan tanaman durian jenis Musang King selain beberapa klon lain seperti ioi dan D24.

Kongsikan!
  • 5
  •  
  •  
  •  
    5
    Shares
This entry was posted in Durian and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply