Cara Mudah Merawat Media Fertigasi: Sekam Padi Bakar

Sekam bakar atau arang sekam ialah bahan yang terhasil daripada pembakaran sekam (kulit) padi secara terkawal iaitu cukup menjadi arang atau erti kata lain proses sebelum ia menjadi abu.

Sekam bakar yang terbaik ialah yang baru di tuai dan tidak terlalu hancur semasa proses pengasingan sekam.

Pembakaran ini akan menyebabkan semua bahan hidup seperti benih padi,rumpai, mikroorganisma lain akan mati.

Fungsi sekam bakar ini sama seperti arang dimana ia boleh memegang air dan membaiki struktur media tanaman untuk pertumbuhan tanaman yang optimum malah murah dan mudah didapati.

Sekam mentah pula boleh juga digunakan sebagai komponen media tanaman fertigasi.

Sekam padi bakar boleh digunakan berulang – ulang kali sehingga 4 musim penanaman.

Tetapi Apabila kita hendak memulakan musim penanaman baru atau musim kedua, kita hanya perlu membuat rawatan media di dalam polibeg sahaja.

Caranya begitu mudah sahaja;

– Buangkan sisa tanaman musim pertama.

– Alirkan air kosong ke dalam polibeg sehingga air melimpah melalui lubang air lebihan atau kaedah ini kita panggil flushing.

– Alirkan air kapur ke dalam polibeg.

– Biarkan selama satu minggu sebelum rawatan racun kulat dilakukan.

– Kemudian ambil racun kulat seperti previcur N dan jirus ke dalam setiap polibeg

– Dalam tempoh 24 jam penanaman boleh terus dilakukan.

Processed with Rookie Cam

Akhir kata harus diingat media tidak mempunyai apa-apa nutrien sehingga kita titiskan larutan baja serta fungsi media hanya untuk memegang akar tanaman sahaja.

Selamat mencuba!!!

danial danish

About danial danish

co-Founder Myagri. Petani kapitalis yang menumpukan pada kos efektif pada setiap projek pertanian untuk minimakan kos, triplekan hasil pengeluaran dan maksimakan pendapatan.
This entry was posted in Fertigasi, Media and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply