Asal Nama Rambutan Budak Sekolah

Rambutan memang sedap dimakan terutama klon rambutan R191 atau pun lebih dikenali sebagai rambutan budak sekolah.

Rambutan budak sekolah ini memang sedap dimakan kerana isinya yang lekang dan testa yang kurang atau tidak melekat pada isi.

Rambutan anak sekolah atau nama saintifiknya Nephelium lappaceum sangat popular di Malaysia.

Ianya berasal dari Thailand dan telah didaftarkan pada 1 Jun 1981.

Rambutan anak sekolah merupakan varieti rambutan yang mendapat permintaan paling tinggi kerana ciri-ciri pada buahnya yang menepati citarasa masyarakat.

Berbalik kepada tajuk artikel asal nama rambutan budak sekolah.

Terdapat dua versi kepada asal usul nama rambutan budak sekolah.

Versi yang pertama agak panjang.

Begini ceritanya…

Pada suatu masa dahulu, ada sepohon rambutan yang hidup di kawasan sebuah sekolah dalam kawasan sebuah ‘Wat Buddha’ di negara Thailand.

Raja Siam pada ketika itu mengetahui perkara berkenaan dan merasai buah rambutan itu, sedap rasa buah rambutan itu.

Raja Siam pun memerintahkan agar benihnya ditanam di seluruh Thailand, dikembang dan biakkan untuk rakyat Siam.

Lalu katanya, ia telah dinamakan rambutan anak sekolah kerana, benih asalnya adalah dari pohon yang tumbuh di sekolah itu.

~TAMAT~

Versi yang kedua sangat pendek tetapi agak Lucah.

Rambut pada buah rambutan ini pendek seakan – akan seperti bulu pubis anak – anak atau budak sekolah, jadi dapatlah klon tersebut rambutan budak sekolah.

~TAMAT~

Betul atau tidak saya pun tak tahu…ini cerita yang disampaikan secara oral, mulut ke mulut.

Sekadar hiburan.

Untuk artikel berkenanaan Penanaman Rambutan Budak Sekolah Boleh Klik sini!

Kongsikan!
  • 11
  •  
  •  
  •  
    11
    Shares
This entry was posted in Rambutan, Rambutan Anak Sekolah and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply