Klon Rambutan baru MARDI

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia atau MARDI telah menghasilkan dua klon rambutan baru yang dikenali sebagai AG-28 dan GB-44.

Sejajar dengan nilai permintaan rambutan negara yang semakin meningkat, tanaman ini berpotensi untuk dieksport ke luar negara.

Nilai eksport rambutan negara pada tahun 2016 adalah sebanyak 3,184 tan metrik bersamaan nilai dagangan sebanyak RM5,796,872.

Antara Negara pengimport utama buah rambutan Malaysia adalah Singapura, Thailand, Taiwan, Arab Saudi, Belanda dan Indonesia.

Ciri utama klon AG-28 adalah berbuah di awal musim dan memberikan hasil yang tinggi.
Purata berat buat klon ini adalah 35.7 g.

Klon ini juga mempunyai tahap kelekangan isi lekang bertesta serta tekstur isinya yang kenyal-kering.
Bentuk buah AG-28 adalah bujur berwarna merah gelap dengan warna rambut merah.

Hasil sepokok mampu mencecah 32.2 kg pada usia puncak.

Manakala ciri utama klon GB-44 adalah berbuah di awal musim dan memberikan hasil yang tinggi.

Isinya beraroma, rangup dan kering serta lekang dengan hanya sedikit testa terlekat pada isi.

Purata berat buat klon ini adalah 37.2 g.

Bentuk buah GB-44 adalah bujur berwarna merah dengan warna rambut kehijauan.

Hasil sepokok mampu mencecah 26.2 kg pada usia puncak.

Kutipan hasil di awal musim mampu memberikan harga yang baik serta tinggi sebelum puncak musim pengeluaran buah rambutan.

Bagi maklumat lanjut berkenaan klon rambutan ini boleh hubungi Pihak MARDI sendiri.

danial danish

About danial danish

co-Founder Myagri. Petani kapitalis yang menumpukan pada kos efektif pada setiap projek pertanian untuk minimakan kos, triplekan hasil pengeluaran dan maksimakan pendapatan.
This entry was posted in Rambutan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply