RESEPI ITIK SALAI

 

Salai merupakan teknik tradisional masyarakat dahulu untuk memastikan daging atau ikan lebih tahan lama dengan menggunakan asap. Teknik ini digunakan  kerana ketiadaan tempat penyimpanan moden seperti sekarang. Negeri Sembilan begitu sinonim dengan daging salai dan menjadikan daging salai sebagai salah satu produk pengusahaan yang terkenal di negeri tersebut. Daging salai yang disalai dengan baik dapat bertahan selama 3 sehingga 5 hari tanpa di letakkan di dalam peti sejuk. Selain itu daging salai dapat mengelakkan serangga datang hinggap di daging kerana bau asap.   Asap yang melekat pada daging yang disalai merupakan punca utama daging salai diminati kerana ia memberi citarasa yang khusus dalam masakan. 

   Mengikuti perkembangan teknologi masa kini tempat menyalai telah di naik taraf lebih moden dan memudahkan kerja  disamping mengurangkan masa menyalai dan tenaga kerja.  Terdapat pengusaha yang masih menggunakan teknik tradisional dalam menyalai dimana daging yang ingin di salai akan di gantung di atas kayu api yang dibakar di bawahnya dan dibiarkan di asap selama 2 jam, tempoh ini memerlukan pemerhatian untuk menggelakan daging hangus. Tempurung kelapa dan kayu api yang di gunakan juga memainkan peranan dalam memberi rasa khusus kepada daging salai. Tempoh penyalaian bergantung kepada jenis daging

   Antara daging salai yang makin mendapat perhatian dan menjadi tumpuan peminat  daging salai ialah daging itik kerana isi dagingnya yang masih berjus dan lembut walaupun selepas di salai. Terdapat pengusaha daging itik salai yang akan memerap dahulu daging itik untuk menbuang bau hanyir perapan yang biasa di gunakan ialah kunyit dan garam. manakala ada juga pengusaha yang tidak memerap daging itik dahulu untuk memastikan keaslian rasa daging itik.

   Antara resepi daging salai yang bergantung dengan cara penyalaiannya seperti menggunakan sabak salai iaitu rumah asap yang dibuat pada batu bata.Rumah asap ini bertujuan untuk melembutkan dan melembapkan daging dan tempoh masa untuk menyalai selalunya selama 3 jam bergantung kepada suhu. Jika menggunakan salai tradisional, daging itik tidak memerlukan rumah asap,hanya kawasan yang sesuai dan terbuka. Salai menggunakan gas boleh mendapatkan daging salai yang terbaik, tetapi memerlukan kos yang tinggi dan juga kekurangan daripada segi rasa dan aromanya.  Menyalai menggunakan mesin salai yang dipertingkatkan teknologinya dapat menggurangkan asap dan membantu menggurangkan pencemaran alam sekitar disamping menjimatkan masa penyalaian hanya selama 2 jam.

   Atas faktor kebersihan semasa meyalai semua jenis daging, wajib dibuang isi dalaman terlebih dahulu dan di cuci bersih untuk memastikan daging  dapat disalai dengan baik dan mengelakkan daging  daripada cepat rosak. Antara juadah terkenal yang menggunakan itik salai ialah Itik salai masak lemak cili api dan diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia.

   Resepi mudah untuk memasak masak lemak cili api menggunakan itik salai dengan hanya menggunakan bahan-bahan asas seperti bawang, cili api, santan, serai dan juga kunyit.  Cara-cara penyediannya adalah seperti berikut :

 Itik Salai (1 ekor) beli yang sudah siap salai dan dipotong kecil,

Bahan untuk di kisar :

  • Bawang putih (5 ulas besar), Bawang merah (5 biji kecil) ,Bawang besar (1 biji besar), Serbuk kunyit/Kunyit hidup (saiz ibu jari), Cili padi (13 tangkai) , Cili hijau dan cili merah (4 tangkai)

Bahan untuk di letakkan kemudian

  • Serai yang telah di titik
  • asam keping
  • Santan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak

Cara memasak :

   Semua bahan yang dikisar di masukkan kedalam kuali yang telah di panaskan terlebih dahulu. Kemudian di masukkan santan dan  serai kuah di biarkan  mendidih sebelum memasukkan itik salai. Akhir sekali masukkan asam keeping dan garam  dan gula secukup rasa masak sehingga 15 minit sebelum api di padamkan.

Syaidatul Redza
Latest posts by Syaidatul Redza (see all)
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply