PRODUK TENUSU

Apakah produk tenusu? Produk tenusu ialah produk yang menggunakan susu sebagai salah satu bahan utamanya.Haiwan mamalia seperti  lembu, kambing dan kerbau merupakan sumber makanan utama untuk manusia, hasil daripada haiwan mamalia ini bukan sahaja daripada dagingnya malahan susu dan juga kulit haiwan ini boleh digunakan untuk penghasilan produk lain.

  Susu juga boleh diproses menjadi susu tepung yang lebih tahan lama dan dibancuh.  Terdapat senarai produk yang dihasilkan daripada susu dipasaran seperti mentega(butter) dimana penghasilan produk ini daripada susu atau krim yang telah di goreng. Mentega sangat penting dalam pembuatan pastri. Yogurt juga merupakan produk kegemaran terutamanya mereka yang sedang berdiet. Yogurt di perbuat daripada susu dan di campur dengan beberapa bahan dan  kemudiannya di peram sehingga menjadi sedikit kenyal.(Proses fermentasi bakteria) Yogurt asli akan berbau masam sedikit.

  Seterusnya ialah keju, makanan ini sangat diminati ramai kerana rasanya yang berlemak dan menambah perasa dalam makanan. Terdapat pelbagai jenis keju di pasaran dan keju yang popular antaranya ialah Cheddar, Mozarella dan Parmesan. Proses pembuatan keju ini biasakan akan memecahkan protein di dalam susu seperti protein kasein dan juga whey.

     Kedua  protien kasein dan whey ini baik untuk keperluan amino asid  tetapi mempunyai aspek kepentingan yang berbeza.  Kasein ialah melalui proses pencernaan perlahan manakala whey pula melalui proses pencernaan yang cepat. Kebaikan protein ini diambil sebagai protein tambahan bagus untuk penumbuhan otot dan mengelakkan kegagalan fungsi otot. Whey mempunyai banyak fungsi lain yang digunakan untuk menjadi pengikat dan pengelmusi produk makanan.  Selain itu pecahan daripada protein whey ialah laktoglobulin yang berfungsi sebagai agen gelling dan penstabil. Ia paling biasa dijumpai dalam minuman sukan yang jelas.

 Banyak produk tenusu yang dapat menghasilkan produk lain, untuk masakan dan juga makanan tambahan. Walaupun susu mempunyai banyak kebaikan namun terdapat sisi gelap dimana susu atau produk tenusu boleh membawa keburukan.

   Didalam susu terdapat satu molekul gula iaitu Laktosa dalam gabungan molekul gula yang lebih kecil glukosa dan galaktosa. Ramai orang yang mempunyai intelorasi terhadap laktosa dan akan menyebabkan mereka muntah-muntah, kejang perut dan juga diarrhea. Intelorasi laktosa adalah gangguan pencernaan di mana usus halus tidak memiliki enzim laktase yang cukup. Akibatnya, laktosa tidak dapat diserap dan akhirnya berubah menjadi gas yang menyebabnya munculnya gejala-gejala di atas. Tanda-tanda gelaja ini selalunya mengambil masa beberapa jam lepas diambil.

Disini menunjukkan perbezaan diantara alahan dan juga intolerasi terhadap susu lembu.

Alahan Susu Lembu Intoleransi Laktosa
disebabkan
tindak
balas
imun tubuh
terhadap
protein susu
simptom atau gejala yang
disebabkan oleh
penghadaman laktosa
dalam usus

   Terdapat juga beberapa kajian yang menegaskan susu tidak akan membantu mengelakan osteoporosis (kerapuhan tulang) malah lebih menyebabkan penyakit itu. Dan terdapat beberapa kes kanser yang dikaitkan dengan produk tenusu. Badan kita memerlukan sumber dan zat yang mencukupi. Mengambil lebihan zat atau protein yang tidak diperlukan tubuh badan kita akan menyebabkan implikasi buruk yang lain.

                                                         “ Kita adalah apa yang kita makan”

Syaidatul Redza
Latest posts by Syaidatul Redza (see all)
This entry was posted in Advertorial, Lembu tenusu and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply