Zero Waste Farming

 Pertanian kini menjadi sumber pendapatan yang bukan sahaja sesuai untuk penduduk di kawasan kampung malahan di kawasan bandar kerana kepelbagaian kaedah teknologi moden yang boleh di gunakan.  Pertanian dan bercucuk tanaman akan berkaitan dengan baja dan racun untuk mengelakkan tanaman dari serangga perosak dan memastikan tumbuhan tumbuh segar dan cepat. Namun pengunaan baja dan racun perosak yang mengandungi bahan kimia yang tinggi akan menjadi toksin dan menyebabkan kesan buruk kepada alam sekitar dan juga pengairan serta  kepada pengguna.

  Zero waste farming telah diperkenalkan untuk mengekalkan kesuburan alam sekitar dan mengeluarkan produk yang lebih organik iaitu yang menggunakan bahan semulajadi dan tanpa penggunaan racun perosak dan baja yang mengandungi bahan kimia. Mengurangkan pencemaran dan meningkatan pengeluran ialah cogan kata yang sesuai untuk menggambarkan Zero waste farming.

  Apakah itu “Zero waste farming”? terjemahan mudah ialah Penanaman sifar bazir atau di definasikan sebagai jenis agriculture yang mengekalkan kesuburan menggunakan kitaran bahan semula jadi daripada tumbuhan, binatang, bahan terbiogredasi dan cacing kerana cacing bertindak sebagai pengembur dan penyubur tanah semula jadi yang paling baik.

  Zero waste farming memberi banyak kebaikan antaranya ialah,  bahan- bahan kitar semula yang mudah di dapati daripada bahan buangan. Kedua kos nya murah selain sesuai untuk di aplikasi kan di pelbagai jenis tanaman dan dapat mengawal penyakit dan serangga perosak. Tanah dan tumbuhan akan lebih subur kerana menggunakan bahan semula jadi dan lebih selamat untuk di makan.

  Terdapat pelbagai cara yang boleh di gunakan dalam Zero waste Farming seperti, penapain bahan buang seperti sayur-sayuran dan buahan-buahan mengunakan bakteria asid Latik dengan ph dibawah 4.2 untuk memastikan makanan itu di pasteurisasi(proses untuk memperlambat pertumbuhan mikroba pada makanan) dan mengekalkan nutrisi. Kelebihan cara ini adalah untuk di berikan kepada binatang ternakan kerana baik untuk sistem penghadaman binatang ternakan. Selain itu ialah Bio-Tiolet atau Bio-Tandas, merawat sisa air buangan dengan pengasingan sisa pepejal dan cecair. Sisa yang diasingkan akan disimpan sehingga menjadi humus.

  Jadilah pengguna bijak dengan memilih bahan organik yang menggunakan bahan semula jadi dan di kitar semula untuk mengekalkan sumber dan tanah yang subuh. Umpama slogan yang popular di gunakan iaitu tiga dalam satu, bermaksud hanya dalam satu proses boleh membawa banyak kebaikan.

Syaidatul Redza
Latest posts by Syaidatul Redza (see all)
This entry was posted in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply