BUNGA MELUR

“Tidak padan dengan kecil!” ayat seru yang sesuai digunakan untuk menggambarkan saiz bunga melur yang kecil tetapi mempunyai banyak manfaat selain mengeluarkan bau harum semulajadi. Bunga Melur atau nama staitifiknya Jasminum sambac turut dikenali dengan panggilan Melati(Indonesia) dan juga Jasmine (English) mudah tumbuh di kawasan Asia atau kawasan yang beriklim seperti Malaysia.

    Pokok Melur merupakan pokok yang menjalar namun pokok Melur juga boleh dijadikan tanaman hiasan yang ditanam didalam pasu. Cara penanaman pokok Melur ialah melalui keratan batang, pilih yang tidak terlalu muda dan tidak terlalu tua. Sila pastikan menggunakan pisau yang tajam dan bukan pisau yang tumpul semasa memotong keratan pokok bunga melur dan pastikan menyerong sedikit untuk mendapatkan permukaan yang lebih luas.

  Keratan batang perlu di rendam dengan air suam atau boleh direndam dalam larutan hormon tumbesaran yang menggalakkan tumbuhan membesar dengan lebih cepat dan sihat sebelum ditanam di dalam tanah atau pasu. Selepas 6 minggu tunas baru akan tumbuh. Pokok bunga melur juga memerlukan penjagaan yang minimum dengan hanya memerlukan cahaya dan air yang mencukupi.

   Bunga melur yang berputik akan mengeluarkan bau yang sangat harum dan akan bertahan lama. Kaum India menggunakan bunga melur dalam upacara keagamaan dan juga digunakan sebagai kalung ikatan di sangul rambut. Disamping itu bauan semulajadi bunga melur ,  turut dijadikan salah satu aromaterapi yang membantu untuk menenangkan perasaan.

    Salah satu produk dari bunga melur yang sangat dikenali di seluruh dunia ialah teh Jasmine, bukan sahaja mengeluarkan aroma yang wangi tetapi teh ini juga bagus untuk mengurangkan tekanan darah tinggi, kolestrol, antioksidan dan mengurangkan stress. Berita baik untuk orang yang menguruskan badan dengan semulajadi boleh mengamalkan meminum teh jasmine secara konsisten. Teh jasmine, dipercayai dapat merangsang pembakaran lemak dan menyingkirkan sisa toksin dengan cara pembuangan air besar.

   Daun dan bunga melur turut digunakan untuk mengubati demam dan sakit kepala, caranya begitu mudah dengan mengambil segenggam daun dan bunganya kemudian diramas di dalam air dan air itu diletakkkan di atas dahi. Bunga melur yang telah diramas sehingga hancur juga boleh digunakan untuk susutkan bengkak akibat sengatan lebah.

Untuk sesiapa yang stress-stress tu bolehlah minum teh Jasmine sebagai minuman petang selepas ini.

Syaidatul Redza
Latest posts by Syaidatul Redza (see all)
This entry was posted in bunga, teh jasmine and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply