CARA MEMBUAHT LADA SOLOK

Selepas menanam lada solok kita lihat pula cara membuat Solok Lada.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah

10 biji lada Kelantan (Cili Solok), 1/2 biji kelapa parut, 2 ekor ikan (jenis ikan Penalin), 12 biji lada hitam, 4 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, 1/2 inci halia, 1 sudu besar kerisik basah, 1 cawan santan , garam dan gula secukup rasa.

  1. Belah lada dibahagian tengah secara memanjang.

2. Kemudian lada yang dipotong tadi direndam dalam air.

3. Selepas itu dikukuskan ikan Penalin tadi sehingga masak, sejukkan dan buang semua tulang ikan.

4. Campurkan lada hitam, halia, bawang merah dan putih dan tumbuk atau kisar.

5. Tumbukkan kelapa parut dan juga ikan kukus sehingga lumat dan sebati.

6. Masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa.

7. Gaulkan bahan-bahan tersebut. Sumbatkan adunan ke dalam belahan lada. Mampatkan dan susunkan ke dalam periuk.

8. Tuangkan santan ke dalam periuk dan masakkan sehingga mendidih. Jangan terlalu lama nanti lada jadi lembik sangat. Solok Lada telah sedia untuk dihidang.

Selamat menjamu selera.

Kongsikan!
  •  
  •  
  •  
  •  
This entry was posted in Cili, Resepi and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply