Jaring Kalis Serangga

Jaring Kalis serangga atau kelambu merupakan salah satu komponen alat dalam mencegah serangga perosak.

Fungsi jaring kalis serangga adalah untuk menggelakkan atau mencegah serangga perosak daripada menghampiri tanaman.

Kebiasaanya, jaring kalis serangga akan dipasang pada struktur pelindung hujan menjadikan struktur pelindung hujan dengan jaring kalis serangga.

Jaring kalis serangga ini mempunyai spesifikasi yang diukur dengan unit mesh.

Mesh ini bermakna 1 cm per segi mempunyai berapa lubang kecil.

Contoh, jaring kalis serangga 32 mesh mempunyai 32 lubang kecil bagi setiap 1 cm per segi.

Lubang kecil ini berfungsi sebagai pengudaraan.

Jaring kalis serangga mempunyai 8 mesh, 16 mesh, 24 mesh, 32 mesh, 64 mesh dan paling kecil setakat ini adalah 128 mesh.

Lagi besar saiz mesh bermakna lagi banyak lubang kecil maka lagi kurang pengudaraan bagi struktur pelindung hujan dengan jaring kalis serangga tersebut.

Pemilihan mesh juga perlu  betul kerana saiz setiap serangga perosak adalah berbeza dan serangga yang kecil boleh menembusi saiz mesh yang kecil.

Sebagai contoh lalat putih boleh menembusi jaring kalis serangga 8, 16 dan 24 mesh.

Manakala jaring kalis serangga 32 mesh mampu menghalang lalat putih dan tidak untuk kutu thrip.

Kutu aphid pula tidak boleh menembusi jaring kalis serangga 24 mesh ke atas.

Pemilihan mesh perlulah betul kerana saiz mesh yang terlalu kecil tidak mampu menghalang banyak serangga perosak.

Manakala saiz mesh yang terlalu besar kan menyebabkan kurangnya lubang pengudaraan sekali gus menyebabkan struktur pelindung hujan menjadi terlalu panas.

Jadi apakah saiz mesh yang sesuai untuk digunakan?

Saiz mesh yang sesuai untuk digunakan adalah 32 mesh.

Jaring kalis serangga 32 mesh memberikan pengudaraan yang baik serta dapat menghalang hamper kesemua serangga kecuali hamama putih dan kutu thrip.

Jaring kalis serangga juga perlu diselenggara secara berkala bagi mengekalkan fungsinya dengan baik.

Terdapat mitos mengatakan bahawa tidak perlu meracun lagi sekiranya kita menggunakan jaring kalis serangga.

Ini adalah tidak benar.

Penggunaan jaring kalis serangga hanya dapat meminimakan penggunaan racun serangga perosak saja.

Harap artikel ini dapat memberikan penerangan kepada pembaca semua.

danial danish

About danial danish

co-Founder Myagri. Petani kapitalis yang menumpukan pada kos efektif pada setiap projek pertanian untuk minimakan kos, triplekan hasil pengeluaran dan maksimakan pendapatan.
This entry was posted in Alat Fertigasi, Fertigasi, Penyakit Tanaman, Siri Penyakit Tanaman Cili and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply