Tanaman yang berpotensi untuk tahun 2020

Tahun 2019 hampir meninggalkan kita, pengusaha sudah boleh membuat kira-kira atau pengiraan untuk tahun 2020.

Tanaman apa yang berpotensi untuk tahun 2020.

Sekarang mari kita lihat tanaman yang mendapat permintaan import yang tinggi pada 2018.

Sekarang tahun 2019 kenapa lihat tahun 2018?

Ini kerana data lengkap untuk tahun 2019 hanya akan keluar pada tahun 2020.

Tidak jadi masalah ini kerana data tiga tahun ke belakang adalah valid untuk kita buat perancangan.

Tanaman ini terpaksa diimport kerana tidak cukup bekalan di dalam Negara kita.

Justeru itu, wujudnya peluang untuk pengusaha – pengusaha bagi memenuhi kekurangan bekalan ini.

Lima tanaman yang berpotensi dengan nilai import yang tinggi adalah:

  1. Cendawan RM 348.9 juta- Merangkumi pelbagai jenis cendawan terutama cendawan butang.
  2. Cili RM 179.8 juta – Terutama cili merah atau besar dalam bentuk segar. Peluang tinggi di sini.
  3. Halia RM 277.1 juta – Tanaman yang paling tidak popular dengan nilai import kedua tertinggi.
  4. Kelapa RM 217.3 juta – potensi tinggi tapi minima kawasan penanaman untuk skala ekonomi adalah 50 ekar.
  5. Mangga RM 14.6 juta – potensi untuk mangga selain daripada harumanis.

Pengusaha boleh lihat potensi, pengurusan dan paling penting pulangan pelaburan bagi setiap jenis tanaman ini.

Selamat berjaya.

Harress
Latest posts by Harress (see all)

About Harress

Senior Editor myagriDotComDotMy yang serius sewaktu berkebun.
This entry was posted in Info, Tanaman Fertigasi and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply