CARA-CARA MEMPROSES POKOK TEH

Teh adalah minuman yang paling banyak di ambil oleh manusia selain daripada air. Ia adalah minuman yang mengandungi kafein yang melalui cara rendaman atau campuran daun, pucuk dan tangkai dari tanaman Camellia sinensis atau Camellia thea di dalam air panas dan sejuk.  Camellia sinensis adalah jenis teh yang biasa di ambil sebagai minuman.

Selain daripada itu, di pasaran terdapat beberapa jenis teh yang dicampurkan dengan pelbagai jenis herba, rempah, bunga dan perasa buah. Tujuannya ialah untuk memberi rasa yang berlainan dan meningkatkan kualiti teh tersebut.

Kaedah memproses teh melibatkan beberapa tahap yang mana dimulai dari pemetikan dan diakhiri dengan pemeliharaan.

  • Pemetikan
Pekerja memetik pucuk daun atau daun teh muda yang belum mekar

Tumbuhan baru teh dapat dipetik dalam masa 7-12 hari selama musim pertumbuhan. Pemetikan teh boleh dilakukan dengan menggunakan tangan dan juga alat (gunting atau mesin petik). Pemetikan dengan menggunakan tangan dapat menghasilkan kualiti teh yang terbaik berbanding dengan mesin. Ini kerana, risiko banyak daun teh yang rosak dan terbuang apabila menggunakan mesin dan kaedah ini telah jarang dilakukan.

Semasa pemetikan, pemetik teh seharusnya tahu teh yang berkualiti datangnya dari pucuk daun atau daun teh muda yang belum mekar.

Masa pemetikan juga penting untuk menghasilkan teh yang terbaik, berkualiti dan mengoptimalkan waktu pekerjaan. Masa yang tepat ialah pada waktu pagi. Biasanya ia terbahagi kepada 2 waktu pemetikan.

  1. 5.00 pagi hingga 9.00 pagi
  2. 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Bagi menjaga kualiti teh tersebut, hasil pemetikan daun teh pada waktu pertama akan di bawa terus ke proses pengolahan teh iaitu proses pelayuan. Ini kerana menghindari daun teh mengering atau busuk yang disebabkan oleh udara atau pelompokan daun teh itu sendiri. Oleh sebab itu, proses pelayuan haruslah dilakukan oleh kerja mesin berbanding dengan udara yang boleh menjejaskan kualiti teh tersebut.

  • Pelayuan

Proses pelayuan ini adalah proses yang penting di mana daun teh segar yang dipetik harus melakukan pemanasan agar kandungan air yang terkandung berkurang kepada 65-70% dan meminimalkan oksidasi. Proses pemanasan dilakukan dengan mengalirkan udara panas atau dijemur di ruangan berangin lembut untuk mengurangkan kelembapan agar daun teh dapat digiling dengan baik pada proses seterusnya.

  • Penggilingan (Rolling)

Tujuan proses penggilingan ini adalah untuk memecah sel-sel dalam bahagian pucuk daun teh agar proses seterusnya (fermentasi) dapat berjalan dengan lancar. Pemecahan daun teh juga mengikut ukuran yang sesuai dengan ukuran gred-gred teh yang diharapkan oleh pemasaran. Proses penggilingan ini juga dilakukan untuk mempercepat oksidasi dan meningkatkan cita rasa teh.

Terdapat beberapa mesin yang digunakan untuk proses penggilingan :

  1. Open Top Roller (OTR) – Silinder yang terbuka dibahagian atas dan bergerak secara memutar horizontal di atas sebuah meja dengan kelajuan 42 rpm.
  2. Press Cap Roller (PCR) – Sama bentuk dengan mesin OTR. Beza pada penekan atau press cap yang mana untuk memberikan tekanan pada teh yang sedang digiling.
  3. Rotervance (RV) – Berbentuk silinder yang diletakkan secara horizontal. Di dalam silinder ini dilengkapi dengan sirip-sirip spiral pengisi dan pada bahagian hujungnya terdapat plat pengatur tekanan berbentuk silang.
  • Oksidasi (Fermentasi)

Proses ke-empat dalam pemprosesan teh ialah oksidasi. Di dalam proses ini, daun teh yang telah digiling sempurna ditempatkan di ruangan yang bersih dan bebas bau. Daun teh dibiarkan mengalami proses pengkoksidaan (proses semula jadi kimia) di mana enzim-enzim di dalam daun didedahkan kepada oksigen. Enzim-Enzim ini yang akan bekerja dan membentuk warna, rasa, aroma dan mutu teh itu tersendiri.

Proses ini merupakan proses yang penting di mana ia hendaklah dipantau secara berkala untuk penghasilan yang optimum selama 1 ½ -2 jam. Jika oksidasi dibiarkan terlalu lama, rasa akan berubah dan menjadi busuk.

Salah satu parameter yang perlu dipantau dalam proses ini ialah suhu (26 degree celsius) di mana perubahan warna daun teh terjadi daripada hijau menjadi coklat muda lalu coklat tua. Seterusnya daun teh memasuki peringkat terakhir iaitu proses pengeringan.

  • Pengeringan

Daun-daun teh yang telah di oksidasi dimasukkan ke dalam mesin yang berudara panas sehingga suhu mencecah 100 degree celsius. Proses pengeringan menggunakan mesin agar suhu yang dihasilkan tepat dan stabil untuk menghasilkan kualiti teh yang baik.

Proses ini juga akan menghentikan tindakan oksidasi, mengurangkan kandungan kelembapan dalam daun teh sehingga 2-3%. Ia mengambil masa selama 20 minit dan udara panas yang diperolehi daripada pembakaran kayu getah.

Pada peringkat ini, daun teh masih mempunyai batang dan urat-urat daun. Untuk mengasingkannya, mesin aerostatic digunakan. Batang dan urat-urat daun teh ini akan digunakan untuk membuat baja.

Seterusnya, teh akan digredkan mengikut saiz melalui satu siri penapisan bergetar dan tangkai dan serat akan dikeluarkan. Melalui proses ini, setiap gred teh akan ditentukan dimana mempunyai densiti dan rasanya yang tersendiri. Berdasarkan pengalaman, saiz daun yang lebih besar lagi sedap untuk diminum.

Di pasaran, terdapat beberapa jenis teh BOH mengikut gred yang tertentu. Aromatic garden tea adalah gred teh yang terbaik yang mana teh ini daripada pucuk-pucuk yang terpilih yang dipetik selama 3 hari dengan menggunakan tangan. Ia hanya dipasarkan di Cameron Highlands dan di eksport ke luar negara.

  • Pemeliharaan

Proses ini hanya berlaku untuk beberapa teh yang memerlukan lebih penyimpanan, fermentasi tahap kedua, atau pemanggangan untuk menghasilkan rasa teh yang diinginkan.

Proses ini terlalu rumit dan mengambil masa yang lama untuk memastikan kualiti teh yang diminum adalah kualiti yang terbaik.

Selamat membaca dan kongsikan!

syamila
Latest posts by syamila (see all)
This entry was posted in serbuk teh, teh boh, teh jasmine and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply