CARA-CARA MENANAM POKOK BUNGA TULIP

Bunga tulip berasal daripada keluarga Liliceae di mana ia merupakan sejenis bunga yang mempunyai lebih daripada 100 spesis. Ia banyak ditanam di kawasan pergunungan Asia Tengah seperti di Iran dan Turki tetapi kini lebih dikomersialkan di Belanda (Natherlands). Selain daripada itu, bunga tulip ini juga dijadikan bunga kebangsaan bagi negara Iran dan Turki.

Ramai manusia yang menyukai dan menggemari dengan bunga tulip ini kerana bentuk bunganya yang unik seperti bentuk “cawan”, mempunyai 6 kelopak dengan pelbagai warna yang menarik. Terdapat beberapa warna asas bunga tulip yang dikenalpasti iaitu Merah, Jingga, Oren, Kuning, Hijau, Ungu, Putih dan kombinasi pelbagai warna.

Bunga tulip ini tumbuh subur di daratan yang memiliki 4 musim dimana cuaca tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk (sekitar bulan September hingga Disember). Ia akan terus berkembang dari awal musim bunga sehingga musim panas. Bagi yang tertarik ingin mengetahui dan mencuba menanam bunga tulip untuk hiasan halaman atau untuk dijual, terdapat 9 langkah yang perlu anda tahu. Baca artikel ini sehingga habis.

Melakukan Cold Treatment Pada Benih Umbi Bunga Tulip

  • Bersihkan umbi tulip dengan bersih, keringkan dan bungkus dengan plastik (ziplock).
  • Masukkan ke dalam freezer dengan suhu antara 1.8 hingga 12 degree celcius dalam masa 1.5 hingga 4 bulan.
  • Jauhkan penyimpanan umbi dari buah-buahan yang lain terutamanya buah epal.
  • Sentiasa periksa keadaan umbi di dalam plastik kerana biasanya mempunyai embun yang boleh terjadinya kulat pada umbi. Kulat ini perlu dibersihkan untuk mendapat umbi yang berkualiti dan terbaik.

Tunas akan muncul daripada umbi setelah 1.5 bulan ke atas. Tetapi sebaik-baiknya dikeluarkan untuk ditanam jika sudah lebih 2 bulan.

Penyediaan Tanah Penanaman Bunga Tulip

  • Di dataran yang tinggi/pergunungan dengan suhu yang sejuk
  • Tanah yang gembur
  • Dekat dengan sumber air
  • Jauh dari pantai (Elak daripada terkena aerosol air masin)
  • Mempunyai nutrient tanah yang mencukupi
  • pH tanah normal antara 5.5 ~ 7.5

Bagi yang berada di dataran rendah dengan suhu udara yang cenderung pada panas, boleh mengikuti beberapa kaedah seperti berikut:

  • Tanam umbi di tempat yang teduh dan bebas daripada angin kencang
  • Gunakan air penyiram automatik setiap 20-40 minit sekali supaya suhu udara di sekitar tanaman sentiasa dalam keadaan sejuk.
  • Bina sebuah air pancut atau kolam yang mengalir di sekitar tanaman yang boleh menyerap suhu udara serta menambah kelembapan.

Penggemburan Tanah

Hal ini bertujuan untuk memudahkan sistem pengakaran tanaman bunga tulip dan penyerapan nutrien. Untuk menggembur tanah boleh menggunakan cangkul atau mesin bajak.

Pembajaan Asas Tanaman Bunga Tulip

Baja asas biasanya menggunakan baja organik seperti baja haiwan.

  • Gali tanah yang telah digemburkan supaya menjadi alur
  • Isikan alur tanaman tersebut dengan baja
  • Tutup kembali alur yang mempunyai baja tersebut
  • Siram alur tersebut dengan air supaya baja cepat terurai

Untuk menampung air hujan, hanya perlu menggali parit di sekeliling tanaman bunga tulip.

Penanaman Umbi Bunga Tulip

  • Lubangkan tanah yang telah dibajai sebelum ini (Langkah 4)
  • Pada dasar tanah, lapiskan ia dengan pasir kasar untuk membuat umbi lebih sejuk
  • Tanamkan umbi 2-3 cm sahaja dari permukaan media tanaman (bahagian tunas berada di atas tanah supaya pertumbuhan batang dan daunnya cepat dan maksimum) manakala bagi negara yang musim sejuk, penanaman umbi haruslah 10 cm.
  • Berikan jarak antara tanaman sekitar 12-15 cm.
  • Siram umbi tulip dengan air. Elakkan siram melalui atas kerana berisiko untuk umbi rosak

Proses Penyiraman Bunga Tulip

  • Penyiraman secara berkala boleh dilakukan apabila tumbuh umbi bunga tulip
  • Penyiraman tidak boleh dilakukan secara rutin sekiranya lokasi penanaman sudah sejuk. Ini mengelakkan daripada akar bunga tulip menjadi busuk.
  • Jika tanam pada musim hujan, digalakkan membuat longkang/parit kecil agar pengairan air berjalan dengan lancar.

Pembersihan Tanah

  • Selalu memeriksa tanah yang ditanami bunga tulip (sebulan sekali).
  • Mencabut rumpai yang berada di antara celah-celahan tanaman bunga tulip.
  • Tujuan adalah untuk mencegah rumpai daripada mencuri nutrisi daripada tanah dan menghalang cahaya matahari masuk ke dalam dasar tanaman.

Penjagaan Bunga Tulip Ketika Musim Berbunga

  • Keadaan sekeliling mestilah sentiasa sejuk dan lembap.
  • Semburkan PGR (Plant Growth Regulator) untuk mempercepatkan pertumbuhan bunga.
  • Penyemburan mestilah berdasarkan dos yang tertera di label PGR dan hendaklah dilakukan pada waktu pagi supaya tanaman cepat menyerap nutrisi.
  • Sekiranya bunga sudah kelihatan, penyemburan air hendaklah dilakukan secara rutin supaya bunga sentiasa kelihatan segar dan cantik.

Proses Pemetikan Bunga Tulip

  • Tanaman bunga tulip akan mulai berbunga pada usia 8 minggu setelah ditanam.
  • Apabila bunga tulip mekar segar dan cantik dengan pelbagai warna, bagi yang bertujuan untuk dijual, maka inilah masa untuk memotongnya.
  • Bunga-bunga yang dipotong tadi hendaklah segera melalui proses khusus sebagaimana yang dilakukan untuk bunga-bunga yang lain untuk dijual.

Demikianlah artikel dari kami mengenai 9 cara atau kaedah untuk menanam bunga tulip di tempat yang rendah dan tinggi. Sememangnya banyak penjagaan yang perlu dilakukan sekiranya menanam bunga tulip di dataran yang rendah, tetapi jika berusaha pasti akan berjaya. Harap artikel ini dapat memberi manfaat pada semua orang.

Kongsikan!
  •  
  •  
  •  
  •  
This entry was posted in Tanaman Hiasan and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply