SOP PENANAMAN KUNYIT FERTIGASI BAGI PENGELUARAN DAUN KUNYIT

Tanaman kunyit ditanam bagi mendapatkan dua hasil iaitu daun dan umbisinya.

Daun kunyit semakin tinggi harganya di pasaran kerana kurang usahawan tani yang berminat untuk menanam kunyit.

Harga daun kunyit boleh mencecah sehingga RM 1.00 sekeping jika tiada bekalan.

Dikongsikan SOP Panduan pengeluaran daun kunyit secara fertigasi:

1. Pilih rizom kunyit yang telah matang untuk dijadikan rizom benih.
2. Rizom benih boleh disemai atau ditanam terus ke dalam polibeg. Proses semaian memakan masa 1 bulan bagi mendapatkan anak benih kunyit yang stabil tumbesarannya.
3. Program pembajaan bermula pada hari ke-2 selepas tanam
4. Beri larutan baja formulasi daun kunyit mengikut usia pertumbuhan tanaman.
5. Daun kunyit boleh mula dituai selepas 3 bulan ditanam.

6. Tuaian boleh dilakukan pada selang masa 2 – 3 minggu sekali mengikut bilangan polibeg atau pokok yang ada.
7. Purata tuaian daun kunyit sepolibeg adalah sekitar 300 gm sekali tuai.

Perhatian tanaman kunyit jangan pula kita mengunyit…hahaha

Harress
Latest posts by Harress (see all)

About Harress

Senior Editor myagriDotComDotMy yang serius sewaktu berkebun.
This entry was posted in daun kunyit, Fertigasi, kunyit, Tanaman Fertigasi and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply