Penggunaan Microsoft Excel untuk Rekod Operasi Ladang

Microsoft excel adalah perisian yang paling mudah untuk digunakan bagi merekod kira – kira akaun secara komputer.

Biasanya software microsoft excel ini dapat sekali masa kita beli komputer atau laptop.

Kira macam free lah.

Kalau takde microsoft excel kita boleh gunakan google spreadsheet.

Bagi yang have2 (ada) numbers bagi sistem Mac OS.

Tapi data apa yang penting untuk kita rekodkan dalam operasi ladang kita?

Data yang paling kritikal untuk operasi ladang kita adalah:

  1. Rekod pengeluaran hasil
  2. Rekod jualan hasil
  3. Harga jualan
  4. Penggunaan input seperti baja dan lain – lain input pertanian

Rekod pengeluaran hasil

Kita rekodkan tarikh dan jumlah kutipan hasil. Jangan miss rekod ini. Daripada rekod ini kita akan buat satu graph pengeluaran hasil ladang kita. Daripada graf ini kita boleh tahu masa hasil kita peak dan drop. Daripada graf ini kita boleh tentukan masa untuk tamatkan tanaman kita. Rekodkan untuk setiap musim penanaman, plot dan jenis tanaman.

Rekod hasil jualan

Rekodkan tarikh, jumlah hasil yang dijual, harga jualan dan jumlah jualan (RM). Ini dapat membezakan jumlah kutipan hasil yang dijual dan tidak dijual. Hasil yang tidak dijual kerana diberikan sebagai hadiah, sumbangan, derma atau pun rosak sewaktu penyimpanan. Hasil jualan ini adalah pendapatan projek kita.

Harga jualan

Rekodkan harga jualan setiap kali transaction jualan. Rekodkan juga senarai pembeli hasil tanaman kita. Daripada sini kita dapat ketahuai purata harga jualan kita. Siapa pembeli hasil dengan harga yang tinggi atau rendah.

Penggunaan input seperti baja dan lain – lain input pertanian

Simpan rekod pembelian input dan penggunaan input harian. Ini penting. Rekod ini dapat mengganggarkan jumlah penggunaan input pertanian kita secara tepat. Pro tips untuk mudah lakukkan pembelian input pertanian untuk satu musim sebelum memulakan projek.

Harap tips ini dapat membantu anda.

Kongsikan!
  •  
  •  
  •  
  •  
This entry was posted in Fertigasi, Pertanian Umum and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply