HALIA BARA

 

halia bara

Halia bara merupakan salah satu jenis halia dari keluarga Zingiberaceae. Ia juga dikenali sebagai halia merah mahupun halia udang. Di Indonesia, ia dikenali sebagai halia emprit. Ia kaya dengan khasiat perubatan dan sering digunakan dalam perubatan tradisional Melayu mahupun Nusantara. Tanaman ini merupakan tanaman yang dicari oleh pengamal perubatan tradisional kerana khasiat perubatan yang terkandung dalam tanaman ini.

Ciri-ciri

Halia bara atau nama saintifiknya Zingiber officinale var rubrum mempunyai saiz umbisi yang lebih kecil, berwarna merah (merah tua) dan mempunyai bau yang lebih kuat berbanding halia biasa. Mempunyai saiz daun lebih kecil dengan bahagian hujung yang meruncing.

Ia mempunyai batang tegak dengan rizom yang tersebar secara mendatar dan mempunyai bentuk berumpun  sama seperti halia biasa.

Apa yang membezakannya berbanding halia biasa ialah rizomnya yang berwarna merah. Ia mempunyai isi kekuningan dan memang terasa lebih pedas. Keunikan rasa pedas ini menjadikan ia amat sesuai digunakan oleh pengamal perubatan.

halia bara

Secara keseluruhan, sifatnya sama seperti halia biasa kecuali saiz, warna rizom, serta baunya yang agak kuat.

PENANAMAN

Penanaman halia lazimnya adalah daripada rizom adalah daripada rizom yang telah matang dan sihat serta mempunyai mata tunas. Ia boleh ditanam di dalam pasu atau polibeg atau terus di atas batas.

halia bara

Ciri-ciri anak benih yang disyorkan ialah sihat dan bebas penyakit. Ia perlu ditanam dengan jarak yang disyorkan seperti halia biasa. Pastikan ia ditanam ditanah yang subur, mempunyai kandungan organik yang tinggi serta mempunyai saliran air yang baik.

Tanaman halia bara dikatakan tidak emmpunyai masalah serangan perosak dan penyakit yang serius jika dikawal dari awal. Gunakan baja organik untuk membaja tanaman ini.

Tanaman ini sesuai ditanam secara konvensional dan terkini secara fertigasi.

fertigasi halia bara

KHASIAT

Tanaman ini didapati dapat menghilangkan batuk, meredakan demam malaria, dapat membantu menghilangkan masalah penyakit gout dan juga resdung.

Dalam temuan lain menyatakan bahawa ia mampu merawat masalah pencernaan. Selain dari merawat masalah pencernaan, ia juga dapat meredakan kembung perut.

Seperti air minuman halia, air rebusan halia bara juga mampu mengeluarkan angin dari dalam tubuh.

Jika anda berminat untuk membaca artikel lain berkaitan halia bara, klik Siri Herba Malaysia-Halia Bara

Manakala, jika anda ingin membeli benih halia bara, boleh dapatkan di sini

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Halia and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply