SELAMAT TAHUN BARU 2023

Selamat tahun baru 2023, MYAGRI pun dah tukar admin baru.

Semoga budidaya tani pembaca semua bertambah sukses pada tahun 2023.

Doakan MYAGRI juga kekal moderate dalam menyediakan dan memberikan info tani terkini kepada anda.

Fokus tema pertanian tahun 2023 ini adalah kawalan kos bahan input dan kaedah agronomi pengeluaran yang lebih sustain dan produktif bagi mengimbangi harga bahan input.

Semoga semua sukses tahun ini.

Posted in Info | Tagged , | Leave a comment

Salam Ramadan 1443H / 2022 

Salam Ramadan Al-Mubarak 1443H / 2022 and happy fasting to all Muslims.

May Allah bless you ALLs.

Posted in Info | Tagged , , | Leave a comment

Mahu Untung Besar dalam Projek Fertigasi Anda? Lihat LIMA faktor mudah ini dalam penanaman secara Fertigasi.

Ramai usahawan tani berminat menggunakan teknologi penanaman secara fertigasi tetapi pemerhatian di lapangan menunjukkan projek usahawan tani yang menggunakan teknologi fertigasi tidak mampan.

Dalam bahasa mudah pulangan yang rendah berbanding modal dan kos operasi yang telah dilaburkan.

Ada banyak sebab kenapa projek fertigasi jadi tidak mampan.

Sebab utama adalah duit yang keluar lagi banyak daripada duit yang masuk.

Artikel kali ini kita akan lihat 5 faktor mudah untuk meningkatkan keuntungan projek fertigasi anda lagi.

Continue reading
Posted in Fertigasi | Tagged , , , , | Leave a comment

Kepentingan Batas Tanaman

Ramai yang masih tidak faham kepentingan membuat batas tanaman pada penanaman di atas tanah.

Di luar negara seperti di Australia dan China kita dapat lihat kepentingan batas tanaman ini.

Di sana penanaman tebu, jagung manis, jagung bijirin dan pisang pada skala komersial dijalankan menggunakan sistem batas apa tah lagi penanaman sayur-sayuran.

Jadi apakah kepentingan membuat batas tanaman ini?

Continue reading
Posted in Pertanian Umum | Tagged , , | Leave a comment

Skim Pelaburan untuk Usahawatani

Sejak pandemik Covid -19 ini, terlalu ramai usahawantani mengeluh kerana kekangan kewangan.

Daripada masalah kekurangan perkerja kebun sehinggalah kenaikan harga input.

Semua masalah memerlukan peruntukkan kewangan tambahan. Senang cerita top up duit lah.

Sebagai contoh sebelum Covid harga baja calcium nitrate RM 58 per guni. Sekarang seguni sudah RM 78.

Sebab itu saya percaya sebagai full timer berkebun, kita perlu bersedia sepenuhnya dengan sebarang kemungkinan yang akan mendatang seperti covid.

Saya daripada dulu akan put a side 10% daripada keuntungan atau margin kebun setiap bulan untuk pelaburan.

Jadi apakah bentuk pelaburan yang sesuai untuk usahawantani?

Continue reading
Posted in Kewangan | Tagged , | Leave a comment

CABARAN AGRO MAKANAN 2022

Selamat tahun baru 2022.

Tahun 2020 dan 2021 pelbagai cabaran industri agro yang terpaksa dihadapi oleh petani, penternak, nelayan, pengusaha dan usahawantani.

Untuk meringkaskan penulisan golongan ini, kami ringkaskan kepada agroMAN.

Kenapa agroMAN kerana mereka adalah superhero yang memastikan rakyat Malaysia mempunyai dumber makanan

Continue reading
Posted in Pertanian Umum | Tagged , | Leave a comment

FERTIGASI TIMUN: TEORI DAN PRATIKAL

Melihat kepada permintaan yang tinggi untuk pengeluaran timun segar setiap hari serta kurangnya timun yang berkualiti di Malaysia serta ditambah dengan sumber rujukan tentang penanaman timun yang terhad di Negara kita, menyebabkan timbul satu kewajipan kepada kami untuk mendokumentasikan pengetahuan yang perolehi sepanjang menjalankan projek penanaman timun fertigasi secara komersil.

Teknologi yang diterapkan di dalam buku ini telah berjaya mengeluarkan hasil timun secara konsisten di ladang kami. Peningkatan hasil kerja, penciptaan inovasi yang diterapkan di dalam buku ini dapatkan meningkatkan pertumbuhan dan hasil tanaman timun. Buku ini juga menerapkan sistem pengurusan tanaman untuk projek timun fertigasi secara terperinci.

Tanaman timun boleh dikategori tanaman yang berisiko tinggi kerana harga ladang dan pasaran yang kurang stabil. Ini kerana kenaikkan dan penurunan harga timun sering berubah – ubah dalam jangka masa yang singkat. Ditambahkan pengeluaran hasil timun yang meningkat pada Setiap peringkat kutipan hasil. Jika waktu tuaian puncak dan harga pula rendah sehingga mencecah RM 0.50 sudah tentu akan memeningkan kepala pengusaha.

Continue reading
Posted in Fertigasi, Tanaman Fertigasi, Timun fertigasi | Tagged , , , , | Leave a comment

Masalah dan kesilapan fertigasi halia

fertigasi halia bara

Tanaman halia secara fertigasi semakin meningkat popularitinya di kalangan usahawan tani.

Sebab utama halia fertigasi semakin mendapat perhatian kerana tanaman halia fertigasi senang diselenggara dan kurang menghadapi serangan perosak.

Namun begitu, pemerhatian pada peringkat industri mendapati 5 daripada 5 pengusaha halia akan menghadapi masalah dan membawa kepada kegagalan projek halia fertigasi.

Sekarang mari kita lihat sebab-sebab kegagalan pengusaha fertigasi.

Kesilapan ini dibuat oleh pengusaha halia yang ditemui oleh kami.

Continue reading
Posted in Fertigasi, Halia, Halia Bentong, Halia Fertigasi | Tagged , , , , , | Leave a comment

Mulakan Projek Pertanian Musim Covid

Sejak pandemik Covid-19 melanda dunia, ramai orang terjejas.

Banyak perniagaan terpaksa ditutup. Ramai yang hilang pekerjaan sekaligus hilang mata pencarian dan gaji.

Maka ramai yang melihat industri pertanian sebagai solusi bagi mengantikan kerja yang hilang.

Dalam industri pertanian sektor yang menjadi pilihan mereka yang terjejas ini adalah 1) Pertanian (fertigasi) 2) Pemprosesan makanan dan 3) Ternakan.

Sektor pertanian dijadikan pilihan utama kerana kos permulaan atau modal yang diperlukan adalah rendah berbanding sektor ternakan.

Manakala sektor pemprosesan makanan memerlukan kemahiran memasak yang tidak ada pada semua orang.

Jadi betulkah tindakan mereka yang terjejas akibat covid ini untuk memulakan projek pertanian?

Ini adalah sekadar pandangan saya. Boleh jadi saya silap dan boleh jadi saya betul….

Continue reading
Posted in Fertigasi, Pertanian Umum | Tagged , | Leave a comment

Khaisiat sebenar Kesum

Kesum biasanya digunakan sebagai perencah di dalam masakan, terutamanya masakan asam pedas, kuah laksa dan sebagainya.

Selain daripada digunakan di dalam masakan, daun kesum mempunyai banyak khaisiat yang tidak diketahui ramai.

Selepas tahu khaisiat yang sebenarnya mesti korang akan makan daun kesum secara rutin.

Continue reading
Posted in Herba, Ulam - ulaman, Ulaman | Tagged , | Leave a comment