KURSUS PENANAMAN HALIA SECARA FERTIGASI

Pada 19 – 20 Julai, saya telah mendapat jemputan daripada Koperasi Pembangunan Desa (KPD) Sabah bagi memberikan Kursus Penanaman Halia Secara Fertigasi. Kursus telah dijalanakan di Pusat Latihan KPD – OISCA yang terletak di Tenom, Sabah. Perjalanan mengambil masa 3 jam, melalui jalan bay-pass Banjaran Crocker. Sebanyak 4 modul dan latihan praktikal telah diberikan kepada pegawai – pegawai KPD yang terlibat. Antara modul kursus yang diberikan adalah:

1) Pengenalan Teknologi Fertigasi
2) Sistem Pengairan Fertigasi
3) Penanaman Halia Secara Fertigasi
4) Analisa Projek

Permintaan terhadap teknologi penanaman halia secara fertigasi mendapat permintaan yang tinggi berikutan kejayaan projek di Serdang (Plot eksperimen), Sarawak dan Kedah. Dibawah saya sertakan beberapa gambar aktiviti:

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak KPD Sabah kerana sudi menjemput saya dan di atas layanan yang mesra. Bagi mereka-mereka yang berminat untuk menjemput saya memberikan ceramah atau kursus boleh berhubungi terus dengan saya.
Kongsikan!
This entry was posted in Fertigasi and tagged , . Bookmark the permalink.

15 Responses to KURSUS PENANAMAN HALIA SECARA FERTIGASI

  1. Fadhil says:

    harap2 pihak myagri dapat melaksanakan kursus fertigasi di semenanjung pulak selepas ni ya. kalau ada harap saudara dapat maklumkan, tentu ramai yang berminat 🙂

  2. Myagri says:

    Insyallah kursus pertama akan menyusul pada minggu ke-2 atau ke-3 ramandhan. Makluman akan dibuat dalam masa terdekat.

  3. nuru azzaharina says:

    Assalammuilaikum. .sy berminat nak ikut krusus penanaman halia fertigasi…kat keningau…bagaimn hendak ikut krusus tersebut

  4. hasrul melaka. says:

    Bile nk buat kursus fertigasi halia cikgu? klu boleh hujung tahun ni 2014…

  5. Zara says:

    Assalamualaikum. Sy dri brunei, berminat utk mngikuti kursus fertigasi tanaman halia dn sbgainya..bolehkh kiranya kmi mnjemput tuan/puan untuk memberi ceramah dan praktikal d brunei?

  6. Joshua Asong says:

    kursus fertigasi tanaman halia di sarawak untuk 2017 ada kah?

Leave a Reply