Salam,
Walaupun ini adalah kali kedua saya ke Tanah Besar China, tetapi ini adalah kali pertama saya ke kawasan luar selain daripada GuangZhou. Berdebar-debar juga maklumlah tempat orang, tetapi pergi bersama 2 orang rakan seMARDI jadi tak risau sangat sebab berteman. Jadi pada 15.9.2012 penerbangan jam 3.40 ptg dengan flight China Southern Airlines no CZ 3331, kami pun menuju ke Nanning daripada GuangZhou.
Kalau naik AirAsia, kene jalan kaki menuju ke kapal tebang, tetapi di Airport Nanning ini, nak naik China Southern Airlines mesti naik bas untuk menuju ke kapal terbang. Takde AeroBridge semua untuk penerbangan domestik bagi China Southern Airlines. Harga tiket penerbangan pergi balik adalah RM817 daripada GuangZhou. Lepas aku beli tiket ini, baru AirAsia buka penerbangan terus Kuala Lumpur – Nanning. Kalau tidak ambik direct flight sahaja daripada Malaysia.
Penumpang turun kapal terbang.
Selepasa penerbangan selama 1 jam 20 minit, kami pun tiba di airport Nanning. Sama seperti sewaktu kami naik di airport GuangZhou, perlu menaiki bas untuk ke terminal ketibaan. Sampai sahaja di balai ketibaan, sekretariat program mengambil kami menaiki toyota mini coaster, 15 seater.
Selepas semua delegasi sampai, kami dibawa menjamu selera di restoren entah nama dia, jangan tanya. Dan semestinya, tiada yang halal di kawasan luar bandar china ini. Jadi kami hanya makan ikan, telur dan sayur-sayuran tanpa was-was.
Kemudianya, kami meneruskan perjalanan ke Baise yang mengambil masa lebih kurang 2-3 jam.
Bersambung…
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020
One Response to Journey to Nanning-Baise, China Part 1