Mari mengenal jantina bunga rockmelon

Pada artikel kali ini, kita akan belajar mengenal bunga pokok rockmelon.

Tanaman rockmelon mempunyai dua jenis bunga pada satu pokok iaitu bunga jantan atau panggilan scientificnya adalah Staminate flowers dan bunga betina Carpellate\Pistillate Flowers.

Di mana organ pembiakan jantan dan betina rockmelon tidak terletak pada satu bunga yang membentuk bunga unisexual. Kalau kedua – dua organ pembiakan jantan dan betina terletak pada satu bunga iaitu kita panggil bisexual atau hermaphroditic atau bunga lengkap.

Pada Staminate flowers atau bunga jantan terletaknya bahagian stamen di mana filamen dan anther yang memrupa bahagian atau department yang menghasilkan pollen atau debunga.

Manakala pada Carpellate\Pistillate Flowers atau bunga betina terletaknya bahagian carpel di mana organ pembiakan betina iaitu stigma, stile, ovary dan ovule yang bertanggung jawap membentuk buah.

Oleh kerana rockmelon mempunyai dua jenis bunga iaitu bunga jantan dan bunga betina, tanaman ini memerlukan agen pendebunggan atau bantuan untuk menghasilkan buah.

Penggunaan agen pendebunggan seperti lebah tukang, lebah madu dan kelulut dapat membantu menghasilkan bunga pada tanaman rockmelon secara komersial. Tetapi agen pendebunggan ini pergi mengutip pollen ke setiap bunga dan secara rawak ke setiap bunga. Justeru itu kerja – kerja penjarangan buah perlu dilakukan oleh pengusaha.

Bagi pengusaha yang mengahwinkan bunga secara manual, perlu mengena bunga jantina bunga rockmelon. Jika tersilap kahwin maka tidak jadi bunga rockmelon.

Cara yang paling mudah untuk kita mengenal jantina bunga rockmelon adalah dengan melihat bahagian receptacle atau dalam bahasa melayunya punggung bunga.


Bahagian punggung atau receptacle bunga jantan adalah kecil berbanding bunga betina.


Saiz punggung atau receptacle bunga betina yang besar.

Jadi pengusaha rockmelon perlu mengenalpasti jantina bunga ini agar tidak tersalah kahwin.

Cara – cara mengakwinkan pokok rockmelon secara manual akan saya terbitkan dalam artikel akan datang.

Sekian, terima kasih.

Kongsikan!
This entry was posted in Fertigasi, Melon and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply