Cara merawat media Fertigasi

1) Industri Fertigasi di Malaysia semakin berkembang maju dengan peningkatan pengusaha berskala komersial.

2) Pengusaha komersial dengan kapasiti 10,000 – 50,000 polibeg ke atas semakin ramai.

3) Dengan peningkatan kapasiti polibeg yang tinggi ini, turut meningkatkan kos media dan bayaran upah kerja – kerja mengisi media ke dalam polibeg.

4) Justeru pemilihan media yang boleh digunakan secara berulang kali adalah kritikal untuk projek berkapasiti tinggi ini.

5) Dua jenis media yang sering digunakan oleh pengusaha fertigasi di Malaysia adalah coco peat atau sabut kelapa atau sekam padi bakar.

6) Kedua – dua jenis media ini boleh digunakan berulang kali untuk bermusim – musim penanaman.

7) Sebelum memulakan musim penanaman baru, media lama perlu dirawat terlebih dahulu.

8) Kaedah untuk merawat kedua – dua media coco peat dan sekam padi bakar adalah berbeza.

9) Serta kaedah merawat media ini adalah mudah dan senang. Namun begitu rawatan untuk coco peat dan sekam padi bakar adalah berbeza.

10) Rawatan media dilakukan terus ke dalam polibeg tanpa mengeluarkan media daripada polibeg atau mengalihkan polibeg daripada barisan tanaman.

11) Cara merawat media coco peat adalah seperti berikut:

a) Titiskan air biasa ke dalam polibeg sehingga air meleleh atau melimpah. Kaedah ini juga dikenali sebagai flushing. Pemberian air kosong dan membersihkan timbunan baja lama serta meneutralkan kembali pH media.

b) Kemudiannya racun kulat seperti previcur N dijirus atau dititiskan ke dalam setiap polibeg.

c) Penanaman musim baru boleh terus dilakukan keesokkan harinya.

12) Cara merawat media sekam padi adalah seperti berikut:

a) Titiskan air biasa ke dalam polibeg sehingga air meleleh atau melimpah.

b) Kemudiannya, jirus atau titiskan campurkan air kapur dan racun kulat ke dalam polibeg.

c) Penanaman musim baru boleh terus dilakukan 3 – 5 hari.

13) Kebiasanya media coco peat boleh digunakan sehingga 6 – 8 musim. Jika media semakin berkurang di dalam polibeg boleh terus ditambah dengan coco peat baru.

14) Manakala sekam padi bakar boleh dipakai sehingga 3 – 4 musim.

15) Musim penanaman kedua dengan media lama adalah lebih berhasil tinggi berbanding dengan musim pertama. Ini kerana telah terdapat baja dan media telah menjadi sedikit kompos.

16) Selamat mencuba…

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Fertigasi, Tanaman Fertigasi and tagged . Bookmark the permalink.

2 Responses to Cara merawat media Fertigasi

  1. raisuddin yahaya says:

    Salam tuan,
    Bole saya tau di mana tmpat tuan.saya brcadang nak bawak pelajar universiti malaya untuk blajar sistem penanaman fertigasi cili padi. Terima kasih

Leave a Reply