Pastikan perbelanjaan untuk pembelian bahan input seperti baja, racun kawalan penyakit dan serangga, sistem pengairan, biji benih dan lain-lain untuk satu musim dibeli secukupnya dan peruntukkan gaji pekerja disediakan untuk satu musim.
Pendek cerita, sediakan peruntukkan untuk satu musim dan duit jualan cili dan sebagainya terus didepositkan ke dalam bank. Lepas enam bulan atau tamat musim penanaman barulah dikeluarkan semua duit jualan tadi.
BARU SEDAP KITA MERASA TITIK PELUH USAHA KITA.
JANGAN PULA DAPAT DUIT JUALAN HARI INI DIBELANJAKAN UNTUK MEMBELI BAJA DAN LAIN – LAIN INPUT. BEGITULAH SETERUSNYA.
Ingat sediakan peruntukkan untuk membeli input secukupnya sebelum memulakan projek.
Latest posts by ysuhaimi (see all)
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020