Latihan hands-on Teknologi Penanaman Cili secara Fertigasi

Satu Latihan hands-on Teknologi Penanaman Cili secara Fertigasi akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tentatif : 22 hb Januari 2015
Tempat : Dewan MTBIC, Ibu Pejabat MARDI Serdang

8.30 – 9.00 am – Pendaftaran
9.00 – 10.30 am – Sistem Pengairan Fertigasi
10,30 – 11.00 am – Minum pagi
11.00 – 1.00 pm – Teknologi Penanaman Cili secara Fertigasi
1.00 – 2.00 pm – Makan tengahari, rehat dan solat
2.00 – 3.30 pm – Musuh Tanaman Fertigasi
3.30 – 4.30 pm – Penyampaian sijil, minum petang dan bersurai

Tempat adalah terhad kepada 40 orang.

Pendaftaran sila emailkan nama penuh, no kad pengenalan, no telefon dan alamat ke latihan@myagri.com.my

Segera tempat adalah terhad.

Maklumbalas permohonan anda berjaya atau tidak akan diemailkan pada 20 hb Januari 2015.

Sekian, terima kasih.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Event, Fertigasi and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Latihan hands-on Teknologi Penanaman Cili secara Fertigasi

  1. Zaki says:

    Salam tuan, Bulan Februari ada kursus fertigasi? Saya ingin hadir.

  2. Adi says:

    As Salam Tuan,

    Saya berminat dengan sistem fertigasi cili ni. Saya ada tanah pertanian 3 ekar. Cuma tanah agak jauh kedalam, kira-kira 2 kilometer dari main road. So tiada bekalan elektrik dan air JBA. Cuma saliran JPS sahaja (Air agak bersih tetapi belum diuji). Laluan lori ke kebun tiada masalah kerana tanah sebelah telah diusahakan dengan tanaman kelapa sawit dan burung walit. Saya ada beberapa soalan. Harap Tuan sudi memberi pandangan.
    1. Bilakah Kursus Fertigasi yang seterusnya? Februari ada buat tak?
    2. Jika tiada sumber elecktrik, boleh pakai Generator Set kan?
    3. Bagaimana saya nak dapatkan sumber air? Boleh pakai air saliran JPS? Tapi apply filter.
    4, Saya ingin membuat Kertas Kerja bagi memohon pembiayaan bank. Adakah pihak tuan boleh memberi surat sokongan?

    Terima Kasih.

    • ysuhaimi says:

      1. Nantikan pengumuman kursus daripada semasa ke semasa di myagri.com.my

      2. Sebelum menggunakan generator, cuba dapatkan pam air yang menggunakan kuasa petrol atau diesel. Ini lebih menjimatkan.

      3. Kita kene periksa pH air tersebut terlebih dahulu. Pastikan pH sumber air di antara 5.5 – 6.5.

      4. Boleh datang berbincang dengan saya terlebih dahulu.

Leave a Reply