Nama biasa pisang
Nama saintifik pisang Musa paradisiaca.
Pisang spesies Musaceae.
Pisang berasal daripada kawasan Tropika.
Setiap bahagian pisang ada kegunaanya.
Tahukah anda pisang ada disebutkan di dalam Al-quran dalam surah Al-Waqiah dan ia merupakan salah satu buah-buahan yang terdapat di dalam syurga.
Pisang juga mempunyai kandungan tenaga, air, protein, lemak, karbohidrat, serat, kalsium, vitamin B1 dan B2.
BERANGAN
– BERAT SETANDAN MENCECAH 12-22KG.
– MEMPUNYAI 8-12 SISIR PER TANDAN
– KULITNYA AGAK TEBAL, SAIZ SEDERHANA-BESAR
– WARNA KEKUNINGAN OREN
NIPAH
– BERAT TANDAN ANTARA 15-28 KG
– SETIAP SISIR MEMPUNYAI 12-20 BIJI
– JEJARI BERSEGI, PENDEK DAN KULITNYA TEBAL
– KULIT BERWARNA KUNING SETELAH MASAK
– ISINYA PUTIH DAN SEDIKIT MELEKIT
– SELALUNYA DIGORENG.
TANDUK
– SESUAI DI GORENG/BUAT KEREPEK
– BERAT TANDAN 7-10KG
– SIKATNYA TIDAK BANYAK
– KULITNYA TEBAL
– BUAHNYA BESAR DAN PANJANG
– APABILA TELAH MASAK (GORENG) ISINYA BERWARNA KRIM KEORENAN
– HARGANYA LEBIH MAHAL DARI PISANG YANG LAIN
– TIDAK SESUAI DI MAKAN MENTAH
EMAS
– MEMPUNYAI 5-9 SISIR
– SAIZNYA KECIK DAN KULITNYA NIPIS
– BERWARNA KUNING KEEMASAN
– WANGI DAN SANGAT MANIS
– BUAH YANG MUDA BOLEH DI MASAK GULAI
– TIDAK SESUAI DI GORENG
ABU
– POKOKNYA LAGI TINGGI DARI PISANG BIASA
– SESUAI DIGORENG ATAU DIBUAT KEREPEK
– JANTUNGNYA BOLEH DI CELUR
AWAK
– BERAT TANDAN 12-22KG
– BOLEH DI MAKAN SEGAR ATAU DIBUAT SAJIAN
– BERTEKSTUR KASAR
– MUDAH DIKUPAS
CAVENDISH
– BERAT TANDAN MELEBIHI 20KG
– KULIT TEBAL
– MUDAH TERTANGGAL DARI SISIR
– BERWARNA KUNING CANTIK
– ISINYA BERWARNA PUTIH PEKAT
– BERTEKSTUR HALUS, MANIS DAN LEMBUT
– KEBANYAKAN DI JUAL DI PASARAYA TERKEMUKA
NANGKA
– BERAT TANDAN 12-14KG
– ISINYA BERWARNA KRIM PUTIH
– TEKSTUR HALUS DAN LEMBUT SERTA SEDIKIT MASAM
– BENTUK JEJARI BERSEGI DAN MEMANJANG
– SESUAI DIGORENG ATAU DIBUAT JUADAH
– TAHAN DISIMPAN
RASTALI
– BERAT TANDAN 10-15KG
– KULIT BERWARNA KUNING TERANG DAN RAPUH DARI SISIR APABILA TELAH MASAK
– KULIT NIPIS DAN SANGAT MUDAH DIKUPAS
– ISINYA LEMBUT DAN PUTIH
– RASANYA MANIS SEDIKIT MASAM
LEMAK MANIS
– SAIZNYA KECIL
– RASANYA BERLEMAK DAN MANIS
– MUDAH TERTANGGAL DARI SISIR APABILA TELAH MASAK SANGAT
– DIGUNAKAN DALAM RESEPI PUDING RAJA DI NEGERI JOHOR
EMBUN
– BERAT SETANDAN ANTARA 20-40 KG
– KULITNYA LICIN
– ISINYA BERWARNA KRIM, SEDERHANA PEJAL
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020