Eksport Produk ke Luar Negara

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca semua. Pada artikel sembang-sembang kali ini, Myagri nak bawa perhatian pembaca semua kepada isu eksport produk ke luar negara. Dewasa ini, Myagri lihat makin banyak usahawan ghairah untuk eksport produk mereka ke luar negara, terutama usahawan pemprosesan makanan.

Tujuan Myagri menulis artikel ini bukan untuk mematahkan semangat usahawan semua tetapi ingin membawa anda semua ke gelanggang reality. Hendak eksport produk ke luar negara bukan senang. Bagi produk makanan antara keperluan yang diperlulan adalah Sijil Good Manucfacturing Practice (GMP) dan Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) serta kelebihan sijil HALAL. Serta produk perlu mematuhi peratutan keselamatan makanan di Malaydia dan juga di negara pengimport.

gmp

HACCP

Bagi mendapatkan sijil – sijil tersebut ada keperluan yang perlu diikut oleh usahawan. Daripada ketiga-tiga sijil tersebut yang paling mudah dan kos rendah untuk diperolehi adalah Sijil Halal, diikuti GMP. Manakala sijil HACCP adalah sedikit sukar dan peraturannya ketat. Bahkan ada beberapa syarikat pengeluar makanan gergasi di Malaysia ada team HACCP sendiri dan ramai pula yang mengajikan konsultan HACCP menyediakan kilang mereka ke arah pensijilan HACCP.

download

Pensijilan HACCP adalah standard di seluruh dunia. Sijil HACCP ini juga diperlukan untuk kita mengeksport produk ke luar negara. Kos bagi menyediakan kilang untuk pengsijilan HACCP adalah sekitar RM 0.5 juta sehingga RM 3 juta bergantung kepada saiz kilang dan peralatan. Ini kerana kilang atau premis anda yang perlu disijilkan dengan HACCP. Ianya melibatkan pengubahsuaian kilang bagi mematuhi HACCP. Malahan ada juga beberapa syarikat yang memohon pensijilan seperti USDA dan FDA bagi megeksport produk mereka ke Benua Amerika khususnya.

Salah satu syarat utama adalah Premis mestilah dipisahkan daripada rumah. Masalahnya sekarang masih ramai usahawan pemprosesan makanan beroperasi di dapur rumah sendiri. Walau pun matlamat masih jauh namun tidak mustahil untuk dicapai. Artikel seterusnya saya akan menceritakan proses permohonan sijil HALAL, GMP dan HACCP.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Pemprosesan Makanan and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply