Cendawan Jerami Padi

Cendawan jerami padi atau nama sainti knya Volvarella volvacea biasanya tumbuh liar di atas tanah ataupun pada longgokan jerami. Cendawan ini memiliki volva atau cawan yang berwarna coklat muda yang berfungsi sebagai selubung yang menyelimuti seluruh badan buah ketika masih dalam bentuk stadia atau telur. Ketika proses perkembangan tangkai dan tudung, buah membesar sehingga selubungnya terkoyak dan terangkat ke atas dan kulit yang tertinggal di bawah akan menjadi seperti cawan. Apabila cawan ini terbuka akan terbentuk batang dan bumbung seperti payung. Ketika matang, basidia dan basidiospora berwarna merah muda atau merah akan terbentuk.

jerami padi

Mengikut kajian yang pernah dilakukan, cendawan jerami padi berasal dari bahagian selatan China. Di negara China, Thailand, Indonesia dan Vietnam, cendawan ini amat popular dan diusahakan secara komersial. Walau bagaimanapun, tanaman ini masih belum mendapat tempat di hati rakyat Malaysia sebagaimana cendawan tiram kelabu. Cendawan jerami padi mengandungi nutrien pemakanan dan khasiat yang tinggi. Ia kaya dengan protein dan mengandungi antikolesterol, eritadenin serta antibiotik yang berkesan untuk mencegah anemia.

Di Malaysia dalam keadaan semula jadi, cendawan jerami padi boleh dijumpai dan dituai pada longgokan jerami padi dan tandan kelapa sawit terutamanya pada musim hujan. Namun dengan penggunaan teknologi, cendawan jerami padi dapat ditanam secara komersial dengan cara yang teratur dan hasil yang tinggi tanpa bergantung kepada musim hujan lagi. Ini sekali gus menawarkan peluang kepada pengusaha dan usahawan tani yang ingin menceburi industri cendawan.

Untuk mengetahuai lebih lanjut kaedah penanaman cendawan jerami padi boleh join kursus penanaman cendawan tiram kelabu dan jerami padi anjuran myagri consulting dan p&p tani maju sdn bhd.

Klik sini untuk maklumat lanjut

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Cendawan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply