JERUK HALIA MUDA

Yes! bagi mereka yang suka jeruk mungkin boleh mencuba buat jeruk daripada halia muda ini.

Halia muda berusia 4 – 6 bulan kerana mengandungi kandungan serat yang rendah sesuai untuk dijadikan jeruk halia.

Bahan – bahan

1. Halia muda
2. Garam (larutan garam 15%)
3. Gula
4. 1% Asid asitik
5. 0.2% alum
6. Naterium benzoat
7. Botol kaca bertutup

Kaedah

1. Halia muda dibasuh dan kulit halia dibuang atau dikikis.

2. Kemudian halia dihiris setebal 2 – 3 mm.

3. Halia direndam di dalam larutan garam 15%. Tutup dengan berhat-hati supaya ia dlm keadaan kedap udara.

4. Peram dengan air garam 15% selama 1 – 2 minggu (bergantung kepada kuantiti halia).

5. Toskan halia dan rendam ke dalam air sejuk dengan nisbah 1 halia kepada 6 bahagian air selama 3 – 4 jam.

6. Toskan halia dan masukkan ke dalam botol.

JERUK 1

Cara – cara sediakan sirap

1. Campurkan 50% gula dan 50% air dan masak pada 90 darjah celcius.

2. Masukkan 1% asid asitik, 0.2% alum dan natrium benzoat

3. Sejukkan larutan sirap pada suhu 45 – 50 darjah celcius sebelum dituang ke dalam botol berisi halia.

4. Buang gelembung udara dan tutup botol dengan segera.

JERUK 3

Selamat mencuba!

danial danish

About danial danish

co-Founder Myagri. Petani kapitalis yang menumpukan pada kos efektif pada setiap projek pertanian untuk minimakan kos, triplekan hasil pengeluaran dan maksimakan pendapatan.
This entry was posted in Pemprosesan Makanan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply