Rasanya setiap orang yang berusia 18 tahun ke atas mesti sudah makan telur asin atau masin ini bukan?
Tahukah anda yang tuler masin ini diperbuat daripada telur itik?
Ya. Telur itik.
Saya ulang telur itik.
Ya. Donald duck.
Tetapi tahukah kita proses membuat telur masin ini?
Telur masin adalah telur itik yang diawet.
Telur masin merupakan makanan yang berkhasiat tetapi awas bagi mereka yang mempunyai darah tinggi.
Proses pengawetan telur masin adalah satu proses yang mudah, ringkas dan menguntungkan.
Kebanyakkan pengusaha masih lagi menggunakan pakai kaedah manual kerana ianya tersangatlah mudah.
Prosesnya juga tidak melibatkan peralatan yang mahal.
Bahan – bahan yang diperlukan
– 100 biji Telur Itik
– 1 kg Garam Halus
– 70 kg Tanah Liat kering (tanah warna kuning)
– 60 liter Air
– 0.25 kg Sekam Padi yang dibakar hitam
Cara memproses
1) Telur itik dipilih dari jenis bermutu tinggi. Pastikan tidak pecah atau retak kulitnya.
2) Telur dibasuh bersih dengan membuang segala kotoran yang melekat pada kulitnya.
3) Tanah liat dikeringkan, dikisar halus dan diayak.
4) Pelekat disediakan dengan membancuh tanah liat, garam halus dan air di dalam bekas sehingga sebati.
5) Telur dicelup ke dalam pelekat agar satu lapisan pelekat setebal 2 mm menyaluti telur tersebut.
6) Telur tersebut kemudiannya digolekkan di atas sekam padi bakar (hitam) sehingga keseluruhan telur tadi disaluti sekam padi dan lapisan pelekat tidak tanggal.
7) Telur dimasukkan ke dalam kotak kayu atau kotak telur dan disimpan selama 25 – 30 hari sebelum dimakan atau dijual.
Artikel akan datang saya terangkan kaedah membuat telur masin secara moden
- Mahu Untung Besar dalam Projek Fertigasi Anda? Lihat LIMA faktor mudah ini dalam penanaman secara Fertigasi. - February 2, 2022
- Khaisiat sebenar Kesum - May 23, 2021
- Gong Xi Fa Chai! Happy Chinese New Year 2021 - February 10, 2021