Pengendalian Lepas Tuai Bagi Buah-buahan

Secara umumnya kerugian lepas tuai terbahagi kepada dua iaitu kerugian fizikal dan kerugian fisiologikal. Kerugian fizikal berlaku apabila buah-buahan yang dituai mengalami kekorasakan pada struktur fizikalnya atau mengalami kerosakan akibat daripada serangan mikro organisma seperti bakteria dan kulat. Sementara kerosakan fisiologikal pula berlaku bilamana buah-buahan yang dituai mengalami perubahan pada warna, rasa, textur dan nilai nutrisinya. Kedua-dua jenis kerugian lepas tuai ini berkait rapat dengan cara pengendalian lepas tuai. Pengendalian yang lemah menyebabkan nilai pasaran yang rendah bagi suatu komoditi.

Sehubungan itu, kumpulan penyelidik telah mengkaji faktor-faktor kerugian lepas tuai dan telah mengesyorkan beberapa kaedah pengendalian lepas tuai bagi buah-buahan yang efektif.

Proses tuaian

Pengendalian lepas tuai bermula dari ladang lagi. Ini kerana kaedah tuaian sama ada dengan cara memetik atau mengait, perlu dilakukan dengan teknik yang betul bagi mengelakkan berlaku kecederaan mekanikal terhadap buah. Pekerja juga harus berkuku pendek dan memakai sarung tangan. Selain itu, bekas yang digunakan untuk mengumpul buah-buahan yang dipetik perlu dititik beratkan. Bekas tersebut mestilah kukuh dan mampu melindungi hasil lepas tuai sepanjang perjalanan ke ‘packing house’.

Picture1
Contoh-contoh bekas mengumpul buah-buahan di ladang

Buah-buahan yang dituai hendaklah ditempatkan sementara ditempat teduh yang tidak terdedah kepada cahaya matahari. Sebaik saja kerja-kerja menuai buah dilakukan, buah-buahan tersebut perlu dihantar segera ke ‘packing house’.

Pra Pendinginan

Pra pendinginan dilakukan sebaik saja buah-buahan tiba di ‘packing house’ bagi menyingkirkan haba yang terhasil akibat aktiviti respirasi yang meningkat secara mendadak. Hal ini berlaku kerana apabila buah dipetik dari tangkainya, akan berlaku kerosakan tisu dan sebagai tindakbalas semulajadi, respirasi sel meningkat untuk memulihkan tisu yang tercedera. Pendinginan yang menurunkan suhu secara cepat mampu mengurangkan kadar respirasi sel seterusnya memanjangkan hayat buah. Pra pendinginan boleh dilakukan pelbagai cara bergantung dengan keperluan setiap komoditi. Sebagai contoh pendinginan menggunakan ais, udara sejuk, bilik sejuk dan siraman air.

Picture2
Contoh Pra pendinginan menggunakan air

Pembersihan dan Pengasingan

Buah-buah perlu dibersihkan daripada kotoran. Tangkai dan daun yang tidak diperlukan perlu dibuang supaya tidak merosakkan buah-buah yang lain. Setiap hasil lepas tuai harus melalui proses pengasingan. Proses pengasingan adalah penting untuk mengasingkan buah rosak dan berpenyakit dengan buah yang elok. Buah yang berpenyakit perlulah dibuang bagi mengelakkan jangkitan terhadap buah-buah yang lain.

Rawatan lepas tuai

Setiap buah perlu diberi rawatan lepastuai bergantung kepada kesesuaian. Rawatan lepas tuai bertujuan bagi memanjangkan ‘shelf life’ setiap komoditi dengan mengawal pertumbuhan kulat dan serangan bakteria, pengurangan air dalam buah dan tempoh buah rosak. Rawatan lepas tuai terbahagi kepada dua.

Rawatan fizikal

Rawatan lepas tuai secara fizikal merupakan rawatan ringkas dan selamat memandangkan ianya tidak membabitkan penggunaan bahan kimia. Sebagai contoh rawatan menggunakan air panas, radiasi ion dan kaedah penjagaan kebersihan yang bagus. Kaedah air panas kebanyakannya dipraktikkan bagi buah betik dan mangga. Suhu air panas perlu diselaraskan pada (50?C- 55?C), jika suhu terlalu tinggi ianya mungkin akan merosakkan buah itu sendiri. Kaedah radiasi ion pula amat efektif bagi merencatkan pertumbuhan mikro organisma.

Rawatan kimia

Rawatan kimia memfokuskan untuk membunuh kulat dan mikro organisma lain. Walaubagaimanapun, penggunaan bahan kimia tersebut mestilah bukan dari jenis ‘phytotoxic’ ( merosakkan buah). Chlorine, Sulfur dioxida and sodium-ortho-phenyl-phenate (SOPP) adalah kimia yang sering digunakan. Bahan kimia boleh didigunakan secara semburan, larutan atau ‘wax’, bergantung kepada kesesuaian setiap komoditi. Walaubagaimana kepekatan bahan kimia yang digunakan mestilah antara (0.05-0.15%). Kepekatan yang tinggi boleh menyebabkan bahan kimia tersisa pada buah dan membahayakan pengguna. Penggunaan wax bukan saja dapat melindungi buah daripada jangkitan kulat, malah ianya membantu mengurangkan ‘moisture loss’.

Picture3
Contoh rawatan kimia menggunakan kaedah rendaman

Penggredan

Buah perlu digredkan mengikut saiz dan index kematangan. Hal ini memudahkan untuk menentukan nilai pasaran dan memenuhi kehendak pelanggan. Sebagai contoh, buah yang dituai pada index kematangan awal dipasarkan kepada pengusaha jeruk manakala buah yang masak pula dipasarkan ke pasaraya-pasaraya yang membuat permintaan.

Pembungkusan

Pembungkusan bertujuan menyusun produk lepas tuai dalam unit yang memudahkan bagi proses penyimpanan dan penghantaran. Selain itu pembungkusan juga bekerja bagi melinduingi produk dari sebarang kerosakan. Terdapat beberapa garis panduan bagi menentukan jenis pembungkusan yang bagus.

– Pembungkus hendaklah memiliki kekuatan mekanikal bagi melindungi kandungannya sepanjang proses pengendalian dan penghantaran.
– Pembungkus mestilah stabil
– Pembungkus hendaklah kukuh dan tidak basah pada kelembapan yang tinggi.
– Pembungkus tidak mengandungi bahan kimia yang boleh berpindah kepada produk atau bersifat toxic.
– Pembungkusan hendaklah bersesuaian dengan kaedah pengendalian.
– Pembungkusan henhaklah boleh dikitar semula dan tidak menyumbang kepada pencemaran alam.
– Pembungkusan mestilah ringan dan mudah dibawa.

Penyimpanan

Produk Lepas tuai yang telah siap dibungkus hendaklah disimpan di ruangan yang bersih dan kering. Hasil lepas tuai sama ada buah-buahan mahupun sayuran perlu disimpan dibawah suhu yang rendah agar kadar respirasi sel sentiasa berada dalam kadar terendah. Walaubagaimanapun, suhu bilik penyimpanan perlu diselaraskan agar bersesuaian dengan jenis buah bagi mengelakkan buah mengalami ‘chilling injury’.

Picture4
Contoh bilik penyimpanan yang dilengkapi alat pendingin

Penghantaran

Penghantaran hendaklah dibuat mengggunakan lori berhawa dingin bagi tujuan melindungi kualiti buah.

Kaedah pengendalian lepas tuai yang efektif membantu meningkatkan nilai pasaran hasil pertanian. Pengendalian yang lemah bukan saja menyebabkan kejatuhan nilai pasaran malah secara tidak langsung.menjatuhkan ekonomi.

saliha nasrul
Latest posts by saliha nasrul (see all)
This entry was posted in Post harvest and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply