TANAMAN ORKID

orkid Phalaenopsis

orkid Phalaenopsis

Orkid merupakan tanaman yang paling digemari bukan sahaja kaum wanita malah juga kaum lelaki. Ia merupakan bunga exotic yang melambangkan kecantikan, kekayaan dan juga elegan.

Orkid adalah tanaman yang berasal dari famili Aristocrat. Mempunyai beribu-ribu jenis spesies orkid  pelbagai saiz,warna,bentuk dan bau. Orkid dikatakan lambang kekayaan dan elegan kerana pada 200 tahun dahulu, bunga ini hanya dimiliki oleh golongan-golongan atasan sahaja. Orkid ini juga dikatakan exotic kerana ia merupakan tumbuhan yang sukar untuk dibiakkan, sukar untuk berbunga tetapi ia sangat terkenal kerana kecantikannya yang unik pada setiap spesies.

Di Malaysia, orkid mula ditanam hanya untuk memenuhi minat dan juga mengisi masa lapang. Selepas  ia mula mendapat perhatian oleh masyarakat. Maka tanaman orkid mula dikembangkan dan pelbagai inisiatif pembiakan orkid mula dibuat penyelidikan. Maka hasilnya, pelbagai spesies mula ditanam dan dibiakkan secara banyak sehingga menjadi satu industri orkid di Malaysia . Penghasilan tanaman orkid secara besar-besaran dilakukan secara pembiakan in-vitro atau kaedah tisu kultur. Ia menyumbang kepada 60% penghasilan cut flower (fresh flower) dengan  anggaran 100juta keratan bunga/tahun. Penghasilan tanaman orkid terdapat di negeri johor,Selangor,perak,penang,kedah,dan Melaka.

Tanaman orkid

Orkid mempunyai pelbagai jenis kumpulan famili yang terkenal iaitu:

  1. Dendrobium

    orkid dendrobium

    orkid dendrobium

  2. Aranda

    orkid aranda

    orkid aranda

  3. Vanda

    orkid vanda

    orkid vanda

  4. Oncibidium

    orkid oncidium

    orkid oncidium

  5. Mokara

    orkid mokara

    orkid mokara

  6. phalaenopsis

    orkid phalaenopsis

    orkid phalaenopsis

dimana setiap jenis famili ini mempunyai beribu-ribu spesies dibawahnya. Setiap famili ini juga mempunyai ciri-ciri dan klasifikasinya yang tersendiri untuk kita membezakan jenis orkid.

Cara pembiakan tanaman orkid

Tanaman orkid boleh dibiakkan melalui 2 cara iaitu secara seksual dan aseksual samaada berlaku secara semulajadi mahupun tidak. Secara seksual adalah semulajadi menggunakan biji benih.dimana biji benih selalunya disebarkan melalui angin. Kita boleh lihat dikawasan hutan,terdapat banyak orkid-orkid yang unik diatas pokok-pokok besar. Secara aseksual pula ialah pembiakan secara vegetatif/tampang. Orkid mempunyai ciri totipotent atau bahasa mudahnya senang untuk tumbuh daripada keratan.

Antara teknik pembiakan yang selalu dipraktikkan ialah:

  • keratan batang– keratan batang diambil hujung pokok  1-2ft keatas berserta akar aerial.pembiakan ini  sesuai untuk orkid vanda,mokara,dan aranda.
  • Umbisi- menanam umbisi orkid. Pembiakan ini sesuai untuk orkid dendrobium,oncidium,cattleya.
  • Offshoot (keiki)– diambil pulur tepi dan ditanam ke pasu lain. Sesuai untuk orkid jenis Vanda, Aranda, Mokara

    tangkai bunga orkid

    tangkai bunga orkid

  • Tangkai bunga– pembiakan menggunakan jambak bunga berserta akar.sesuai untuk orkid Phalaenopsis
  • Kultur tisu – menggunakan bahagian orkid yang aktif tumbuh seperti meristem,hujung akar,hujung pucuk, jambak bunga.

Penanaman orkid dan pengurusannya

Tanaman orkid merupakan tanaman jenis air plant dimana ia memerlukan pengudaraan yang baik dan orkid tidak memerlukan tanah untuk hidup. Tetapi orkid memerlukan medium tanaman sebagai sokongan dan menyerap kelembapan tetapi kebanyakan medium untuk orkid tidak memberikan sebarang nutrient pada orkid.

Antara medium yang sering digunakan ialah:

  • Kulit kayu
  • Batu bata
  • Sabut kelapa
  • lumut pokok
  • arang
  • osmunda fiber

perlukan air yang cukup iaitu hanya sekadar untuk kelembapan. Sekiranya terlebih orkid akan mudah dijangkiti kulat. Orkid juga memerlukan suhu yang sederhana dan tidak terlalu panas.

Untuk pembajaan orkid menggunakan baja biji ataupun baja foliar/cecair. Hanya semburkan sahaja pada orkid.

untuk entri akan datang kami akan kongsikan tips penjagaan orkid pula…jangan lupa ikuti kami sehingga entri seterusnya.

 

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in tanaman orkid and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply