Lada hitam dan lada putih adalah salah satu rempah ratus yang digunakan dalam masakan bagi rakyat Malaysia, Asia Tenggara dan juga orang Eropah. Ini kerana aroma dan rasa pedas yang terbit dari lada hitam dan lada putih menambahkan rasa enak sesuatu masakan.
Lada hitam atau nama saintifiknya Piper Nigrum berasal dari keluarga piperaceae pada asalnya ditanah dengan meluas di Selatan India. Kemudian ianya mula ditanam di Vietnam, Indonesia, China, Sri Lanka, Brazil, Equador, Kampuchea dan juga Malaysia. Vietnam merupakan pengeluar tersebar lada hitam dunia dengan penguasaan pasaran dunia sebanyak 82% pada 2008 (Lembaga Lada Malaysia, 2010) manakala Malaysia merupakan pengeluaran lada hitam ke empat dunia dan ianya banyak dieksport ke negara Eropah.
Di Malaysia, lada hitam ditanam secara skala kecil (pekebun kecil) di Sarawak, Sabah, Johor dan Kedah. Lembaga Lada Malaysia dibawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komuditi Malaysia adalah agensi yang bertanggungjawab bagi pembangunan industri penanaman lada di Malaysia. Ianya beroperasi di Kuching (ibu pejabat) dan mempunyai cawangan di Johor Bharu dan Kota Kinabalu. Pelbagai penyelidikan dan pembangunan bagi meningkatkan pengeluaran dan pengembangan dilakukan bagi memastikan tanaman lada berkembang di Malaysia dan Asia Tenggara.
Tanaman lada hitam boleh hidup dengan subur di kawasan yang beriklim tropika. Keadaan lembap dan panas mempercepatkan proses pertumbuhan dan perkembangan pokok lada. Ianya ditanam kerana buah biji atau disebut sebagai beri. Beri akan dikeringkan dan dipasarkan dengan harga RM 25 sekilogram. Lada akan dipasarkan dalam bentuk lada hitam (Black Pepper) atau lada putih (White Pepper). Lada hitam terhasil apabila keseluruhan beri dikeringkan manakala lada putih adalah dari biji lada tersebut. Kedua dua bentuk rempah ini digemari kerana rasa pedas yang terhasil daripadanya.
- Mahu Untung Besar dalam Projek Fertigasi Anda? Lihat LIMA faktor mudah ini dalam penanaman secara Fertigasi. - February 2, 2022
- Khaisiat sebenar Kesum - May 23, 2021
- Gong Xi Fa Chai! Happy Chinese New Year 2021 - February 10, 2021