BUAH MAKHOTA DEWA

Buah makhota dewa merupakan buah yang mengandungi khasiat bahan tertentu dengan kadar yang tinggi dan ianya digunakan oleh masyarakat terdahulu dalam mengubati pelbagai jenis penyakit. Buah berwarna merah menyala ini berasal dari negara Papua New Guinea atau Irian Jaya di Indonesia. Nama sainstifik bagi buah makhota dewa adalah Phaleria macrocarpa dan berasal dari keluarga Thymelaecae.

Buah makhota dewa juga disebut dengan nama “buah simalakama” oleh segelintir masyarakat Indonesia. Ia juga dikenali dengan nama “Makutadewa, makuto Mewo, makuto Ratu dan makuto Rojo” oleh masyarakat dari daerah Pulau Jawa. Ianya dikatakan mempunyai racun dibahagian biji di tengah buah tetapi pada masa yang sama, ia juga boleh digunakan sebagai ubat penyembuh.

Di Malaysia tiada kajian khusus mengenai penanaman pokok buah makhota dewa ini secara komersial. Namun begitu pendekatan pelbagai syarikat pengeluar jus kesihatan seperti syarikat Serai Mas menggunakan buah berkhasiat ini dalam penghasilan Jus Hidayah Gold yang mampu untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.
Ianya sesuai dijadikan makanan tambahan, membekalkan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan kerana selain dari buah makhota dewa, ianya diformulasikan bersama 22 bahan terbaik di dunia seperti madu, kurma, kurma merah, buah tin, Dong Quai, lada pintal, kismis dan pelbagai jenis herba yang membantu meningkatkan kesihatan, meningkatkan kecergasan jasmani, mengurangkan risiko kanser dan juga menguatkan sistem imunisasi badan.

Buah Mahkota dewa mengandungi kandungan alkaloid, saponin, polifenol dan flavonoid yang membantu dalam meneutralkan kandungan toksin di dalam badan. Selain itu, ia juga bertindak sebagai antibakteria dan antivirus serta melancarkan peredaran darah dan mengurangkan paras kolestrol di dalam tubuh seseorang. Kandungan polifenol berfungsi sebagai histamine atau antialergi kepada sebarang alergi di kulit.
Bagi kanak kanak dan wanita mengandung, minuman yang mengandungi buah makhota dewa ini adalah tidak sesuai untuk diambil kerana ia akan mengakibatkan tindakbalas fizikal seperti sakit kepala dan keradangan. Golongan warga emas dan golongan dewasa yang aktif adalah digalakkan kerana minuman seperti jus ini telah diformulasikan bersama beberapa herba yang lain.

CIRI CIRI MORFOLOGI

Pokok buah makhota dewa boleh ditemui diperkarangan rumah atau di kawasan kebun terutama dikawasan tanah berketinggian 10-1.300 dari permukaan laut (dpl). Ia akan hidup subur pada tanah gembur dan subur serta mengandungi kandungan nutrient yang tinggi. Pokok akan tumbuh menegak dengan ketinggian mencapai 1.0 hingga 2.5 meter tinggi.

Berikut merupakan ciri ciri morfologi tumbuhan pokok mahkota dewa:
• Batang – berbentuk bulat dan mempunyai permukaan kulit yang kasar dan berwarna kasar. Bahagian batang mempunyai getah yang gatal apabila terkena kulit. Ia juga mempunyai percabangan simpodial.
• Daun – mempunyai daun tunggal yang berwarna hijau tua bersaiz 7-10cm panjang x 2-5 cm lebar. Daunnya terletak berhadapan, bertangkai pendek, berbentuk lanset dan dibahagian hujung dan pangkal yang runcing. Daun juga mempunyai permukaan hijau yang licin dan rata di bahagian tepi serta mengandungi tulang daun menyirip.
• Akar – mempunyai akar tunjang
• Bunga – Ia akan berbunga sepanjang tahun. Bunga yang berwarna putih, bersaiz kecil akan terbit di ketiak daun atau di batang pokok. Ia berbentuk seperti tabung seperti bunga cengkih dan berbau harum
• Buah – mempunyai 4 lapisan iaitu kulit, cengkerang, daging / isi buah dan biji. Berbentuk bulat dengan diameter buah diantara 3 – 5cm dan permukan licin dan beralur. Warna buah adalah hijau ketika muda dan merah ketika masak. Isi buah berwarna putih mempunyai banyak serat dan berair (jus)
• Biji – berbentuk bulat, keras dan berwarna coklat. Saiz diameter biji adalah 1 cm dan ia adalah bahagian yang mempunyai racun yang tinggi.

SIFAT DAN KHASIAT BUAH MAKHOTA DEWA

Untuk tujuan perubatan, hanya bahagaian daun, isi buah (daging) dan kulit buah sahaja yang boleh digunakan sama ada dalam bentuk segar atau dikeringkan. Isi daging dan kulit buah ini boleh digunakan secara segar bagi merawat penyakit cirit birit, pembengkakan atau jerawat di kulit manakala isi dagingnya perlu dikeringkan bagi merawat penyakit kulit dan gatal gatal. Buah makhota dewa juga boleh direbus dan diambil air jusnya untuk diminum bagi tujuan mengurangkan kesakitan tubuh badan.

Namun, nilai kuantiti yang digunakan masih tidak diketahui (kerana dikhuatiri menyebabkan keracunan) kerana tidak banyak kajian penyelidikan yang dilakukan ke atas tanaman ini. Bahagian biji yang mengandungi racun sangat berbahaya jika termakan kerana ianya akan menyebabkan sipemakannya berasa mabuk, kekejangan otot, mulut berbuah, sawan dan pengsan. Pengunaan buah dewa dalam dos yang berlebihan akan menyebabkan rasa sakit kepala yang kronik.

Pengambilan air rebusan buah makhota dewa dilakukan secara berperingkat peringkat kerana jika tidak biasa meminum air rebusan tersebut, rasa sakit kepala akan dialami oleh pesakit. Ianya bergantung kepada tahap kepekatan air rebusan tersebut. Adalah disyorkan agar si peminum minuman ini mengambilnya berselang hari bukan secara berterusan kerana akan berlaku tindakbalas fizikal setelah mengamalkan minuman rebusan air buah makhota dewa.

Harress
Latest posts by Harress (see all)

About Harress

Senior Editor myagriDotComDotMy yang serius sewaktu berkebun.
This entry was posted in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply