TENAGA SOLAR

Apa itu Tenaga Solar?
Tenaga solar adalah teknologi yang dicipta untuk mendapatkan tenaga daripada cahaya matahari. Tenaga matahari ini telah digunakan dalam banyak teknologi tradisional sejak beberapa abad yang lepas secara meluas. Antara contoh penggunaan tenaga matahari adalah pemanasan air, pemanasan banguna dan juga dalam masakan. Malah, tenaga matahari juga boleh menghasilkan tenaga elektrik melalui enjin pemanasan.
Melalui teknologi terkini, penghasilan daripada solar panel boleh menghasilkan tenaga elektrik setiap hari. Sekarang, sudah banyak rumah, kilang dan industri yang memasang solar panel untuk menghasilkan tenaga elektrik sama ada untuk tujuan perniagaan ataupun untuk kegunaan sendiri.

Keadaan yang tidak menentu atas factor cuaca dibumi dan berlakunya peningkatan pencemaran serta kekurangan sumber bekalan tenaga elektrik menyebabkan penggunaan tenaga solar amat digalakkan. Oleh sebab itu kebanyakkan negara termasuk Malaysia berusaha keras untuk mendidik rakyat Malaysia agar lebih menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dalam kehidupan seharian dan juga mendidik masyarakat untuk memasang solar panel di rumah atau bangunan agar dapat menyediakan sumber tenaga boleh baharu(renewable) yang mencukupi pada masa hadapan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Antara taburan tenaga suria di Malaysia adalah Teluk Apan, Pulau Langkawi,Kedah, Kampung Hulu Tembeling, Pahang, Kampung Sungai Malau Dalam, Selama, Perak, Pulau Sibu, Sarawak dan Desa Pos Iskandar, Bera, Pahang.

Alat voltan foto

Alat Voltan Foto menukarkan cahaya matahari terus kepada tenaga elektrik. Setiap sel suria dikumpulkan menjadi panel dan susunan panel boleh digunakan secara meluas, dari sel – sel kecil yang hanya mencas kalkulator dan bateri jam, sehinggalah kepada loji janakuasa yang merangkumi beberapa ekar.

Proses penghasilan elektrik daripada tenaga solar

Loji kuasa terma suria menggunakan sinaran matahari untuk memanaskan cecair ke satu suhu yang amat tinggi. Cecair itu kemudiannnya dialirkan menerusi paip, oleh itu ia boleh memindahkan habanya kepada air untuk menghasilkan stim. Stim ditukarkan kepada tenaga mekanikal atau kinetik dalam turbin dan kemudian kepada elektrik oleh generator yang disambungkan kepada turbin.

Bagaimana ia menghasilkan tenaga elektrik ?
Apabila foton mengenai sel suria, ia mungkin dipantulkan semula, terus menembusi, atau diserap. Hanya foton yang diserap membekalkan tenaga untuk menjana elektrik. Apabila cukup cahaya matahari (tenaga) yang diserap oleh bahan (semikonduktor), elektron akan terkeluar daripada atom bahan, oleh itu elektron secara semulajadi bergerak menuju ke permukaan.

Apabila elektron meninggalkan kedudukan mereka, ia membentuk lubang. Apabila banyak elektron yang bercas negatif bergerak menuju ke permukaan sel, hasilnya ialah berlaku ketidakseimbangan cas antara sel – sel pada permukaan hadapan dan belakang yang membentuk potensi voltan sama seperti terminal negatif dan positif sesebuah bateri. Apabila dua permukaan tersebut disambungkan dengan beban luaran, seperti alatan elektrik, arus elektrik akan mengalir.

Namun begitu, masih terdapat kelemahan penggunaan tenaga suria iaitu Jumlah cahaya matahari yang tiba di permukaan bumi tidak tetap. Ia bergantung kepada lokasi, hari, tahun dan keadaan cuaca. Selain itu, disebabkan matahari tidak memancarkan cukup tenaga pada satu tempat dalam satu masa, satu kawasan yang luas diperlukan untuk mengumpulkan tenaga pada kadar yang mencukupi untuk menghasilkan tenaga.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Solar and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply