KENCUR


Kencur (Kaempferia galanga L.) sudah dikenal oleh masyarakat, namun mempunyai beberapa nama yang berbeza, antaranya kencur (Jawa), cikur (Sunda), ceuko (Aceh) dan sebagainya. Tanaman kencur dapat hidup dimana saja, asalkan tanahnya gembur dan subur, dengan sedikit naungan dan biasa ditanam di pekarangan, dalam pasu atau di kebun yang cukup cahaya matahari, tidak terlalu basah dan setengah teduhan.

Daun kencur memiliki daun dengan bentuk bulat lebar, tumbuh mendatar di atas permukaan tanah dengan jumlah daun tiga sampai empat helai. Permukaan daun sebelah atas berwarna hijau sedangkan sebelah rizom terdapat di dalam tanah, tumbuh berkelompok dan bercabang dengan induk rizom di tengah.

Rizom yang tumbuh di dalam tanah tumbuh berkelompok dan bercabang dengan rizom yang sedia ada iaitu yang dijadikan benih di bahagian tengah. Kulitnya yang berwarna coklat manakala isi dalamnya berwarna putih berair yang memiliki bau yang sangat tajam. Rizom yang masih muda berwarna putih kekuningan dengan kandungan air yang lebih banyak dan rizom yang lebih tua ditumbuhi akar pada ruas rizom yang berwarna putih kekuningan.

Sekiranya ingin menanam, sebaiknya pilihlah rizom yang terdapat di paling hujung. Rizom yang bagus adalah rizom dari tanaman yang cukup tua, dan hindari rizom tersebut dari tanaman yang muda. Dari tanaman kencur tersebut dalam jangka masa 1-2 minggu rizom tersebut akan bertunas. Pertumbuhan pada peringkat awal memerlukan kelembapan uadara yang cukup tinggi.

Tanah yang digunakan untuk menanam kencur perlu disiapkan dengan menggemburkan tanah tersebut. Tanah dicangkul sedalam 20-30cm dan dalam sistem saliran dilakukan dengan baik agar tidak terdapat takungan air. Maka sistem perparitan diperlukan bagi penanaman yang berskala besar. Jarak tanaman adalah sekitar 80cm x 40cm untuk kencur yang dituai usia tua. Bagi tunas, ianya ditanam dengan kedalaman 5-7cm dan tunas dihadapkan ke atas.

Untuk mendapatkan hasil yang maksima, dalam menanam kencur perlu memberinya baja. Hal tersebut dapat membantu tanaman kencur hidup subur. Baja yang digunakan seperti baja organic yang dapat membantu dalam memberikan bahan organik kepada tanah dimana ia mampu memperbaiki struktur tanah tersebut. Ianya diberi saat tanah dicangkul mahupun pada saat penyediaan kawasan.

Tanaman kencur yang sudah tumbuh perlu diberikan air jika hari tidak hujan, terutamanya ketika tanaman masih muda. Merumpai dilakukan setiap 2-3 minggu sekali di bahagian sekeliling pokok. Tuaian boleh dilakukan setelah berusia 8-12 bulan atau ketika musim kemarau tiba. Cara penuaian amat mudah dengan mengorek sahaja tanaman tersebut dan rizom akan kelihatan dan kemudian ia dibersihkan daripada tanah yang melekat.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in KENCUR and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply