CARA PROSES ASAM KEPING

Artikel kali ini ialah berkenaan cara-cara untuk proses asam keping. Asam keping berasal dari asam gelugur. Asam gelugur atau nama saintifiknya Garcinia atroviridis merupakan buah daripada keluarga besar Clusiaceae.

Buahnya berwarna kekuningan, berbentuk seperti buah labu.

Untuk menghasilkan asam gelugur, buahnya dipotong nipis dan dikeringkan.

Asam gelugur juga dikenali sebagai asam keping dikalangan masyarakat Melayu.

Asam gelugor

Masyarakat Indonesia menggelar tanaman asam gelugor sebagai pohon abadi. Hal ini kerana produktiviti pokok ini tidak mengenal batas usia.

Seiring bertambahnya usia pohon, hasil produksi buahnya makin meningkat.

Bagi ibu-ibu yang memasak, mereka gemar menggunakan asam gelugur ketika memasak asam pedas dan masakan yang lain seperti laksa, ikan singgang dan sebagainya.

Dikatakan rasa masam dari asam gelugur ini membantu masakan lebih tahan lama dan tidak basi.

Tanaman ini dapat tumbuh dengan baik di kawasan yang berada pada ketinggian antara 5-100 m di atas permukaan laut.

Menariknya, tanaman ini tidak mempunyai syarat jenis tanah yang tertentu. Hal ini kerana ia boleh hidup di tanah yang berpasir, tanah liat, tanah berbatu mahupun tanah kapur.

Namun tentu sahaja menanam pohon ini di tanah yang baik dan subur akan memberikan hasil yang lebih banyak.

Untuk menghasilkan asam keping yang berkualiti baik, pilih buah asam gelugur yang sudah matang. Buah asam gelugur yang sudah matang berwarna kuning. Elakkan memetik buah asam gelugur yang masih muda dimana buah tersebut berwarna hijau.

Kebiasaannya, buah asam gelugur dituai dengan menggunakan galah buluh atau menggunakan alatan yang bersesuaian.

Buah yang dikutip perlu dikumpul dan dibersihkan.

Untuk dijadikan asam keping, buah asam gelugur perlu di hiris halus setebal 3 hingga 8 mm dengan menggunakan pisau yang tajam.

Hirisan buah asam gelugur tadi perlu disusun untuk dikeringkan menggunakan cahaya matahari mahupun atau mesin pengering.

Kebiasaannya, ia dijemur antara 7 hingga 12 hari untuk memastikan ia cukup kering sebelum dijual.

Cara-cara Proses Asam Keping

  1. Basuh
    Basuh buah asam hingga bersih. Pastikan buah bersih daripada segala kekotoran yang melekat. Setelah dibasuh dengan bersih kemudian toskan.
  2. Hiris
    Buah asam gelugur yang sudah bersih perlu di hiris dengan menggunakan pisau yang tajam. Ketebalan hirisan ialah antara 2 hingga 3 cm.Sebaiknya pilih buah yang bersaiz bersederhana agar ia mudah diproses serta untuk mendapatkan saiz asam keping yang lebih seragam.Potong dan buang bahagian hujung yang mempunyai kesan tangkai dan bahagian bucu bawah.Kemudian, semua hirisan perlu disusun diatas dulang atau perlatan yang yang sesuai dan rata untuk dijemur.

    Elakkan daripada menyusun hirisan tersebut secara berlapis-lapis bagi mempercepatkan proses pengeringan.

  3. Jemur
    Kepingan hirsan yang disusun atas dulang tadi akan dijemur dibawah sinaran matahari sehingga ianya kering. Ia akan bertukar warna  ke warna kuning gelap, coklat atau kehitaman mengikut keperluan pasaran. Ia perlu diterbalikkan beberapa kali bagi mengeringkan bahagian atas dan juga bahagian bawah.Terkini, pengusaha komersial mula menggunakan mesin pengering elektronik untuk penghasilan yang lebih cepat dan seragam.
  4. Quality Check
    Asam keping yang telah dijemur dan dikeringkan perlu dikumpulkan untuk diperiksa kualitinya.

Jikalau anda mahu membaca artikel lain berkenaan asam gelugur, klik Buah Gelugur/Asam Gelugur

Untuk peralatan dan input pertanian boleh cuba lihat di kedai online MYAGRI CONSULTING

Manakala untuk kursus pertanian secara online boleh layari STARTUP MYAGRI

 

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Cara Proses Asam Keping and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply