ULAT DAUN YANG SERING MENYERANG TANAMAN

Tahukah anda, ulat daun yang menyerang tanaman kita juga memiliki pelbagai jenis? Terdapat beberapa jenis ulat daun yang biasanya menyerang tanaman kita. Artikel kali ini saya kongsikan tiga jenis ulat daun yang biasa menyerang tanaman di Malaysia. Walaupun ia cuma ulat daun, jika kita tidak mengawal daripada awal ia akan menyebabkan tanaman kita rosak dan kurang berkualiti. Malah, ada sainstis yang memperkenalkan bahan tanaman yang rintang dan kawalan secara biologi.

1. Ulat Ratus

Ianya juga dikenali sebagai Spodoptera mauritia dimana merupakan sejenis ulat dari Kupu-kupu dewasa iaitu keluarga Noctuidae yang merupakan perosak kepada banyak jenis tanaman. Ulat ini merosakkan tanaman yang memakan daun sehingga rosak teruk. Ulat ratus mudah membiak dan merebak.

Kupu-kupu dewasa yang berwarna kelabu hitam dan mempunyai bintik-bintik berwarna hitam pada sayapnya akan bertelur yang berwarna putih dan berbentuk bulat. Telur yang terlekat pada daun akan menetas dan seterusnya menghasilkan larva atau ulat yang berukuran 38 mm panjang berwarna hijau, kelabu dan coklat kehitaman. Ulat ini akan memakan daun sehingga musnah terutama pada musim kering atau cuaca panas kemarau.

Serangan ulat ini amat bahaya jika tidak dikawal dari peringkat awal dan dibiarkan. Larva akan membentuk kepompong (pupae) berukuran 13 mm panjang sebelum menetas menjadi kupu-kupu dewasa dan bertelur semua di atas daun. Kadar merebak serangan perosak ini adalah sangat cepat dan merugikan pengusaha jika tidak dibuat ‘pest surveilance’ pada setiap masa.

Kawalan ulat ratus menggunakan menggunakan Konsep Pengawalan Perosak Bersepadu (IPM). Kawalan paling lazim dijalankan adalah dengan semburan racun kimia degan racun yang mengandungi bahan aktif seperti Cartap hydrochloride, Tebufonozide, Thrichlorofom dan Carbaryl. Kawalan biologi menunjukkan serangga cengkerik memakan ulat ratus diperingkat larva, nim dan juga peringkat dewasa. Terdapat juga jenis kulat yang menyebabkan kerosakan pada larva ulat ratus. Pastikan mengawal dengan menggunakan racun mengikut arahan pada label.

2. Ulat Layar

Ulat Pemakan Daun yang kedua adalah Ulat layar (Nymphula depuntalis) yang juga menyerang tanaman. Larva memakan bahagian atas permukaan daun yang lembut dan meninggalkan bahagian epidermis yang keras serta meninggalkan kesan tampong putih pada permukaan daun. Kebiasaannya beberapa ekor larva menyerang satu-satu pokok dan memotong bahagian daun untuk membuat kelongsong. Dalam serangan yang serius, daun-daun yang telah dipotong tetapi tidak dimakan dan juga yang mempunyai larva di dalamnya akan terapung di permukaan air.

Ulat layar dewasa ( kupu-kupu) berwarna putih, panjang 6mm dan bukaan sayapnya 15mm.Hidup antara 4-8 hari dan kupu-kupu betina bertelur pada waktu malam. Telur diletakkan dalam satu atau dua barisan di bawah permukaan daun atau kelopak daun berhampiran dengan paras air dan akan menetas dalam masa 4 hari. Satu kumpulan telur mengandungi 20 biji telur dan seekor betina boleh bertelur sebanyak 20 biji sepanjang hayatnya.

Larva yang baru keluar berwarna krim dan berubah menjadi hijau dari instar kedua dan seterusnya. Larva melalui 5 peringkat instar yang memakan masa antara 13-26 hari. Sifat utama yang unik bagi larva ini ialah ia mempunyai barisan-barisan bebenang yang terdapat pada bahagian tepi badannya bagi membolehkan ia hidup di dalam air. Bebenang putih ini jelas kelihatan apabila larva dibasahi oleh air. Dalam keadaan kering, bebenang putih ini akan melekat pada bahagian tepi badan larva.

Larva tinggal di dalam kelongsong dan hanya mengeluarkan kepala dan badannya apabila hendak bergerak atau makan. Proses menjadi kepompong berlaku dalam kelongsong daun yang melekat pada bahagian bawah daun.Tempoh kepompong adalah 7 hari.

Kawalan boleh dilakukan dengan menggunakan racun kimia yang mengandungi perawis aktif seperti Trichlorophon, Buprofenzine + Tebufenozide dan Racun Malathion. Kawalan biologi ialah dengan wujudnya Serangga Penyengat yang makan larva ulat layar.

3. Ulat Lipat Daun

Ulat Lipat Daun (Cnaphalocrosis medinalis) juga merupakan salah satu perosak utama dalam industri tanaman. Kupu-kupu dewasa mempunyai warna putih kekuningan dengan bahagian kepak terdapat garisan perang merentangi kepak. Kupu-kupu dewasa ini sangat aktif dan bertelur pada waktu malam. Sepanjang dewasa seekor kupu-kupu ini mampu bertelur sebanyak 250 biji. Saya tak boleh nak kira berapa banyak populasi kupu-kupu ulat ini dalam satu lokasi yang tidak diperiksa. Telurnya sama ada dalam sebiji-sebiji atau berkelompok dibahagian bawah daun dan lazimnya menetas dalam masa 5 hari sahaja. Larvanya mempunyai 4-6 instar berukuran 12-25 mm dimana hidup selama 15-13 hari. Pada masa itulah larva ini akan menyerang daun dari peringkat muda sehingga dewasa.

Larva akan menyerang tanaman daripada peringkat awal pertumbuhan sehingga berbuah dengan menggulung daun dan mencantumkannya dibahagian hujung. Larva akan makan bahagian hijau daun sehingga meninggalkan bahagian kutikelnya.

Tanda serangan apabila dilihat terdapat jalur-jalur berwarna cerah yang bertompok-tompok pada daun. Larva akan menjadi kepompong dalam masa 7-8 hari yang berwarna coklat berukuran 9-12 mm sebelum keluar menjadi kupu-kupu dewasa. Kajian mendapati penggunaan baja urea yang berlebihan akan menyebabkan merebaknya perosak ini. Antara kawalan biologi perosak ini adalah dengan Kumbang, Ladybird dan Labah-labah yang memakan serangga ini di ladang. Kawalan kimia yang dilakukan ke atas ulat lipat gulung ini adalah sama seperti ulat daun di atas.

Untuk artikel lanjut berkenaan ulat ratus boleh rujuk artikel berkenaan Mari Mengenal Serangga Perosak Tanaman Fertigasi – Ulat ratus

Untuk produk yang berkesan bagi mengawal populasi ulat daun pada tanaman cili, rockmelon, terung dan lain -lain tanaman klik sini

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Serangga Perosak Tanaman and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply