Pemberian air dan larutan baja kepada tanaman fertigasi dilukakan mengikut kekerapan tertentu mengikut keperluan dan usia tanaman.
Secara purata tanaman fertigasi memerlukan 1 – 1.5 liter air sehari.
Jika air dan larutan baja sebanyak 1 liter ini diberikan sekali gus, air akan melimpah daripada polibeg dan merugikan.
Justeru selepas selesai kerja pemasangan sistem pengairan fertigasi, pengusaha perlu menguji lari sistem tersebut bagi menentukan aliran atau titisan air yang keluar daripada mikrotiub atau dripper atau pun titisan air per minit sebelum bilangan kekerapan air ditentukan.
Menentukan masa pemberian air baja adalah penting bagi membuat jadual pembajaan.
Caranya mudah sahaja.
Kita perlukan 4 – 6 botol air kosong dengan kapasiti yang sama bagi 1000 polibeg.
Labelkan botol – botol tersebut dengan nombor bagi penentukan kedudukan polibeg pada barisan tanaman.
Saya lebih gemarkan menggunakan botol air mineral 250 ml.
Susun 3 botol air pada barisan satu barisan yang sama pada kedudukan depan selang 10 polibeg selepas paip sekunder, di tengah barisan dan hujung barisan pada kedudukan 10 polibeg terakhir di hujung barisan.
3 botol lagi disusun secara rawak pada sistem barisan tanaman.
Masukkan dripper ke dalam botol – botol tersebut dan letak botol separas dengan polibeg.
Buka suis pam air selama seminit dan kemudian tutup.
Kutip botol – botol tersebut dan susun mengikut no yang telah dilabelkan.
Susun botol – botol tersebut sebarisan bagi menentukan paras air di dalam botol tersebut
Pilih paras air yang paling rendah sebagai indikator titisan air per minit.
Ukur berapa ml jumlah air tersebut bagi menentukan secara tepat.
Sebagai contoh titisan per minit adalah 200 ml per minit.
Jika keperluan air adalah 1 liter.
Maka 1 liter = 1000 ml, 1000 ml bahagi dengan 200 ml adalah 5.
Maka kekerapan pemberian air dan larutan baja kita adalah 5 kali menerusi sistem pengairan fertigasi yang telah diujilari.
Gunakan sistem loop pada sistem pengairan kita untuk seragamkan titisan air pada sistem pengairan fertigasi kita.
Sistem loop adalah penting bagi menggelakkan ketidak sama-rataan titisan air pada polibeg hadapan dan belakang.
Untuk membina jadual pembajaan boleh rujuk artikel berkenaan ini di sini dan di sini.
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020