Tips Mudah tapi Padu nak tingkatkan hasil tanaman halia fertigasi

Sekarang semakin ramai pengusaha fertigasi telah bertukar kepada penanaman halia secara fertigasi.

Ini kerana halia merupakan tanaman yang mudah dijaga serta kurang serangan penyakit dan serangga perosak.

Berbanding cili dan lain – lain.

Saya sering kategorikan tanaman halia sebagai pelaburan unit trust. Kerana mengambil masa yang lama 8 – 9 bulan, tetapi dihujungnya confirm jadi duit.

Namun begitu, majoriti pengusaha halia fertigasi gagal mendapat hasil yang memenuhi KPI industri.

Kebanyakkannya mendapat hasil halia yang rendah dan rizom yang off-grade (kecil) justeru itu sukar untuk dipasarkan.

Artikel kali ini saya kongsikan cara mendapatkan hasil dan rizom lumayan bagi penanaman secara fertigasi.

Dua cara yang mudah tetapi confirm berhasil untuk meningkatkan hasil halia fertigasi.

Cara pertama adalah menggunakan saiz atau berat benih halia yang betul.

Cara kedua adalah kaedah pembajaan.

Artikel kali ini, kita tumpukan cara pertama, iaitu saiz atau berat benih halia yang betul.

Penggunaan saiz rizom benih yang betul memberikan hasil rizom yang tinggi.

Berat benih yang idea untuk rizom benih halia adalah di antara 80 – 100 gm.

Penggunaan rizom benih yang kecil 10 – 50 gm memberikan hasil rizom yang rendah.

Tetapi menggunakan saiz rizom benih yang terlalu besar akan memerlukan jumlah benih yang banyak.

Ini akan meningkatkan kos bahan tanaman atau kos benih.

Secara umumnya bagi halia fertigasi conversion ratio benih kepada rizom adalah 54x.

Sebagai contoh jika anda menggunakan 80 gm rizom benih, anggaran hasil selepas 9 bulan adalah 80 gm x 54 = 4.32 kg.

Kebiasaanya, 1 kg benih halia akan memberikan 15 – 20 rizom benih.

Sebagai kesimpulannya, gunakan saiz benih rizom di antara 80 – 100 gm serta pastikan terdapat 2 – 3 mata tunas pada benih rizom.

Untuk artikel lain berkaitan halia boleh klik sini

Untuk beli buku halia fertigasi boleh klik sini

danial danish

About danial danish

co-Founder Myagri. Petani kapitalis yang menumpukan pada kos efektif pada setiap projek pertanian untuk minimakan kos, triplekan hasil pengeluaran dan maksimakan pendapatan.
This entry was posted in Fertigasi, Halia, Halia Bentong, Halia Fertigasi and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply