TANAMAN PILIHAN TAHUN 2021

Tahun 2020 cukup mencabar dengan pandemik virus Covid-19 yang melanda dunia termasuk Malaysia cukup memberikan kesan kepada semua orang.

Tidak kurang kepada petani dan usahawantani.

Walau bagaimana pun sektor pengeluaran makanan terutama pertanian tetapi menjadi keutamaan dalam menjamin bekalan makanan negara.

Permulaan tahun 2021 ini, kita boleh buat perancangan untuk menumpukan pada tanaman atau ternakan yang mempunyai SSR yang rendah.

Sebelum kita pergi lebih detail kita kena faham apa itu SSR?

Apakah itu SSR?

Self Sufficient Rate (SSR) atau Kadar Sara Diri adalah penghasilan makanan yang cukup untuk keperluan tempatan dalam negara dengan sedikit atau tidak lebihan perdagangan atau tanpa import dan eksport bahan makanan tersebut.

Biasanya SSR ini disediakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Paling mudah untuk kita buat perancangan adalah dengan melihat jadual SSR.

Daripada situ kita dapat lihat sama ada bekalan sesuatu tanaman atau ternakan itu mencukupi atau tidak di dalam negara kita.

Jika SSR mencapai atau melebihi 100% bermakna komoditi tersebut sudah ramai orang tanam / ternak.

Jika SSR tersebut kurang daripada 100% bermakna komoditi tersebut kurang mendapat perhatian petani / penternak.

Ini juga bermakna komoditi yang SSR nya rendah memerlukan kuantiti import yang tinggi bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia.

Jadi timbulnya peluang kepada petani / penternak.

SSR ini biasanya satu tahun ke belakang. Contoh SSR 2020 yang dikeluarkan pada tahun 2021.

Kerana ianya melibat tinjauan setahun untuk menentukan SSR bagi tahun 2020.

Jadi untuk buat perancangan tahun 2021 ini, kita gunakan data SSR 2019.

Mari kita lihat SSR untuk sayur-sayuran terlebih dahulu.

Antara sayur – sayuran yang masih rendah SSR adalah cili pada 30.8% dan halia 16.2% dan kobis bulat 36.2%.

Wujudnya peluang pasaran yang besar untuk ketiga – tiga komoditi ini.

Malahan negara Malaysia masih bergantung kepada import untuk ketiga – tiga komoditi ini.

Manakala bagi buah – buahan pula, mangga (32.1%), kelapa (68.2%) dan pisang (98.7%) mempunyai potensi.

Kalau kita lihat industri ternakan pula, daging lembu/kerbau mempunyai SSR yang rendah 23.7%. Satu potensi yang besar di situ.

Sehinggakan wujud kartel import daging tidak halal di Malaysia!

Data SSR yang rendah menunjukkan komoditi tersebut diperlukan atau digunakan dengan kadar yang banyak atau tinggi oleh rakyat Malaysia.

Kita kena lihat data PPC atau penggunaan per kapita.

PPC bermaksud berapakah kegunaan sesuatu komoditi oleh seorang rakyat Malaysia bagi tempoh setahun.

Mari kita lihat data PPC pula.

Secara puratanya rakyat Malaysia banyak makan kobis pada kadar 5.3 kg setahun.

Rakyat Malaysia juga menggunakan 22.7 kg kepala setahun….Santan kepada dalam masakan. Patut ramai rakyat Malaysia yang obesiti…haha

Kita ambil data cili contohnya 2 kg setahun bagi rakyat Malaysia.

Anggaran jumlah penduduk Malaysia adalah 32.7 juta orang.

Jadi keperluan untuk cili setahun adalah 32.7 juta x 2 kg = 65.4 juta kg setahun hanya untuk memenuhi SSR ini.

Manakala rakyat Malaysia makan sebanyak 50.9 kg daging ayam / itik setahun.

So, daripada data PPC kita dapat lihat komoditi kegemaran rakyat Malaysia.

Daripada data SSR dan PPC ini, kita boleh membuat perancangan bagi penanaman kita.

Harus diingat, pada masa kini, petani dan penternak bukan sahaja perlu mempunyai kemahiran agronomi dan menternak, tetapi perlu mempunyai kemahiran menganalisa data untuk membuat perancangan projek.

Harress
Latest posts by Harress (see all)

About Harress

Senior Editor myagriDotComDotMy yang serius sewaktu berkebun.
This entry was posted in Info, Pertanian Umum, Ternakan, Ternakan air and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply