Proses memilih biji cili api ini mudah dilakukan jika mempunyai ilmu pengetahuan dan juga ada kemahiran. Diperingkat kebun, pilih biji cili yang sihat dan dilihat amat vigorous yang mana ia telah masak tua dipokok. Kalau buah sudah hampir kering dipokok cili adalah terbaik ianya benar-benar cukup matang untuk ia dijadikan benih.
Setelah buah dipetik maka ia perlu untuk dipotong secara membujur pada kulit buahnya. Asingkan biji yang terdapat pada bahagian pangkal dan bahagian hujung buah dan yang penting di ambil biji benih dari bahagian tengah.
Biji benih pada bahagian tengah biasanya adalah yang paling berkualiti. Kemudian rendam biji cili itu ke dalam air bersih. Buang biji yang terapung dimana biji yang baik adalah biji yang berisi dan tenggelam dalam air. Kemudian jemur biji tersebut sehingga kering atau pengalaman saya sekitar selama 3 hari.
Bagi mengelakkan serangan kulat sebaiknya juga dibubuh sedikit racun kulat sesuai (seperti Thiram) kecuali jika ada tujuan untuk menghasilkan benih cili jenis organik. Kemudian simpan benih ditempat yang kering dengan sistem pengudaraan yang baik dan kedap udara. Cara penyimpanan benih cili api baik dimana ia mampu bertahan sehingga dua tahun.
Benih Cili Api yang baik mempunyai kadar percambahan sehingga 80% adalah dikira memuaskan untuk ditanam. Bagaimana pun lazimnya semakin lama benih cili disimpan maka kadar peratus percambahan akan terus berkurang. Jika kadar percambahan telahmengurang dari 50% sebaiknya jangan gunakan benih tersebut untuk tanaman.
Bagi pembacaan cili padi selanjutnya anda boleh baca di sini.
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020