Racun Bawang Putih

Artikel kali ini bertemakan pengurusan serangga perosak di kawasan rumah.

Secara ringkasnya, kalau kita nak tanam pokok sayur seperti cili, racun apa nak pakai?

Racun kimia boleh dibeli di kedai pertanian tetapi bahaya pula pada penghuni rumah terutama pada kanak – kanak.

Nak beli racun organik, harganya mahal, terutama dalam keadaan ekonomi sekarang every ringgit and cent perlu dijimatkan.

Jadi kesimpulannya, kita buat sendiri racun serangga perosak menggunakan bahan – bahan yang boleh diperolehi daripada dapur rumah kita sendiri.

Mari kita buat racun daripada bawang putih.

Racun bawang putih ini juga boleh digunakan untuk kebun atau ladang sayur komersial.

Bawang putih mengandungi alicin yang mampu membunuh serangga perosak.

Bahan – bahan:

1. 3 labu bawang putih (250 gm)
2. 1 liter Air
3. Botol

Kaedah penyediaan

1. Kisar 3 labu bawang putih menggunakan mesin pengisar. Pastikan masukkan sedikit air ke dalam mesin pengisar. (Macam kita memasak).

2. Kisar sehingga lumat.

3. Tambahkan air lagi untuk mudah kita keluarkan kisaran bawang putih tadi dan masukkan ke dalam botol.

4. Tambahkan air ke dalam botol tadi sehingga cukup 1 liter.

5. Siap pati racun serangga bawang putih kita. Biarkan selama 2 – 3 hari sebelum digunakan.Bagi naik bau bawang putihnya.

Cara penggunaan

1. Sukat 3 – 5 ml pati racun bawang putih ke dalam 1 liter air dan spray ke pada tanaman.

2. Ulangi semburan untuk setiap 3 hari jika masih berlaku serangan.

3. Manakala bagi skala komersial, sukatannya adalah 30 – 50 ml untuk 20 liter.

Racun bawang putih ini tidak memerbahayakan kita, sayur yang kita tanam di rumah bebas daripada bahan kimia.

Mudah disediakan serta selamat dimakan!

Selamat mencuba!

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Fertigasi, Kawalan serangga tanaman and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply