Blog

  • Industri Ganja ke atas Malaysia: Sekiranya Akta Diluluskan

    Sekiranya Malaysia meluluskan akta yang membenarkan penggunaan perubatan dan/atau rekreasi ganja, negara ini dijangka menyaksikan lonjakan dalam pelaburan, hasil cukai, dan peluang pekerjaan dalam sektor pertanian serta farmaseutikal. Selain itu, penguatkuasaan undang-undang yang ketat dan rangka kerja regulasi yang komprehensif perlu dibangunkan untuk menangani isu-isu sosial seperti penyalahgunaan dan pasaran gelap yang sedia ada. Pengalaman negara-negara seperti Kanada dan Thailand menunjukkan bahawa kejayaan industri ganja bergantung kepada pengimbangan antara kebolehcapaian, keselamatan pengguna, dan sokongan kepada petani kecil. Malaysia, dengan kepelbagaian ekosistem pertanian dan lokasi geografi yang strategik, berpotensi menjadi peneraju dalam eksport produk ganja perubatan ke negara-negara serantau, asalkan kerangka pengawalseliaan, standard kualiti, dan proses pensijilan dipatuhi sepenuhnya.

    (more…)
  • Pertanian Regeneratif: Masa Depan Pertanian Lestari Malaysia

    Pertanian Regeneratif: Masa Depan Pertanian Lestari Malaysia

    Di sebalik cabaran perubahan iklim, degradasi tanah, dan kebergantungan kepada input kimia, satu pendekatan yang semakin mendapat perhatian di seluruh dunia ialah pertanian regeneratif (regenerative agriculture). Pendekatan ini bukan sekadar menjaga alam sekitar, malah memulihkan kesuburan tanah, meningkatkan hasil jangka panjang, dan menyokong kesejahteraan petani serta ekosistem.

    Apa Itu Pertanian Regeneratif?

    Pertanian regeneratif ialah pendekatan menyeluruh yang bertujuan memperbaharui dan memulihkan tanah, biodiversiti, dan kitaran air melalui amalan pertanian yang harmoni dengan alam. Ia melangkaui konsep pertanian lestari kerana ia bukan sahaja mengekalkan sumber semula jadi, tetapi memperbaik dan memulihkannya secara aktif.

    (more…)
  • Selamat Hari Raya Aidilfitri 2025

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog MYAGRI. Alhamdulillah, setelah sebulan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia, kini kita diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 1446H dengan penuh kesyukuran. Di kesempatan yang mulia ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pengunjung blog, khususnya para petani, penternak, nelayan, dan usahawan tani yang menjadi tulang belakang sektor agromakanan negara.

    (more…)
  • Tanaman Pegaga

    Tanaman Pegaga

    PENGENALAN

    Apabila terkenangkan arwah ibu ku, terus mengingatkan aku tentang penjagaan kecantikan, awet muda dan diet. Ibu ku semasa hidupnya adalah insan yang kelihatan  muda walaupun pada ketika itu umurnya telah mencecah umur 64 tahun. Rahsianya adalah ibu seringkali menjadikan daun pegaga sebagai ulam dan juga minum air rebus pegaga (jus pegaga) untuk mengurangkan tekanan darah tinggi yang dihadapinya. Petua ini diamalkan ibu ku sejak berusia 15 tahun lagi. Ulam kecil yang berwarna hijau ini sangat berjasa kepada arwah ibu ku sepanjang usianya.

    (more…)
  • Tanaman Kesum

    Pokok daun kesum  adalah antara tumbuhan herba yang paling mudah untuk ditanam, cepat bercambah dan mudah dijaga Ini kerana ia hanya memerlukan kawasan yang lembap dan berair serta sedikit cahaya matahari.

    (more…)
  • Selamat Tahun Baru 2025

    Selamat tahun baru 2025 saya ucapkan kepada semua pembaca.

    Bermula tahun 2025, saya telah mengambil alih kembali domain MYAGRI.

    Atas minat dan ingin menyebarkan informasi pertanian kepada umum.

    Saya akan menggunakan platform ini sebagai medium untuk penyampaian maklumat industri pertanian kepada umum.

    (more…)