Success Story – Syarikat Selebar Daun Sdn Bhd

1. Kali ini kita nak lihat kejayaan usahawan cili fertigasi. Syarikat Selebar Daun Sdn. Bhd

2. Baru mula berkecimpung dalam bidang fertigasi selama 2 tahun, bermula 2010.

3. Syarikat ini menanam cili kulai 469 sebanyak 10000 pokok.

4. Hasil tuaian 200 kg / sehari.

5. Purata hasil sepolibeg adalah 3 kg. Continue reading

Posted in Success Stories | Tagged , | 1 Comment

Potensi Perusahaan Cendawan di Malaysia

Cendawan…itulah topik artikel hari ini atau lebih detail lagi berkenaan Potensi perusahaan Cendawan di Malaysia. Kali ini, saya akan go through salah satu potensi dalam perusahaan cendawan iaitu restoren berasaskan cendawan di Malaysia.

Restoren berasaskan cendawan di Malaysia ini masih kurang sesangat (mengikut survey saya). Walaupun ramai pengusaha cendawan di Malaysia, lebih kurang 300 pengusaha tetapi restoren berasaskan cendawan ini baru dua buah aku jumpa di Malaysia ini. Continue reading

Posted in Cendawan | Tagged , , | Leave a comment

myagri dihacked

Pada 6.4.2012 laman website myagri.com.my telah digodam oleh kumpulan pengodam daripada Turki. Saya hanya menyedari kejadian ini pada 7.4.2012 pada hari ini. Ini adalah amat mengejutkan kerana myagri.com.my hanya laman web berunsur pertanian. Walaubagaimanapun, myagri pulih semula pada 7.4.2012. Terima kasih pada server provider kerana tangkas memulihkan semula laman myagri.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Ingat Semula Tujuan Penanaman secara Fertigasi

1. Tujuan penanaman secara fertigasi adalah untuk menggelakkan penyakit bawaan tanah seperti layu bakteria, pitium dan sebagainya.

2. Disamping itu juga penjagaan serta kawalan serangga dan perosak hanya tertumpu pada sucking insects dan juga serangga yang menyerang bahagian atas tanaman.

3. Tetapi dewasa ni semakin ramai pengusaha fertigasi yang lupa akan tujuan asal kaedah penanaman ini.

4. Semakin ramai pengusaha fertigasi yang menggunakan tanah atau campuran tanah dengan sekam padi bakar atau coco peat.

5. Ini menjadikan media fertigasi itu tidak soilless (tanpa tanah) lagi.

6. Kenapa tidak terus tanam di tanah terus? Kenapa perlu mengisi tanah tersebut ke dalam polibeg?

7. Ini bukan sahaja menyusahkan pengusaha bahkan menyukarkan kerja penanaman secara fertigasi. Ini kerana polibeg berisi tanah adalah berat berbanding media lain. Continue reading

Posted in Cerita kegagalan, Fertigasi | Tagged , , , | Leave a comment

BENGKEL PELUANG-PELUANG KEUSAHAWAN DALAM BIDANG PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

Salam pembaca semua,

Bagi mereka – mereka yang berada berdekatan dengan Bandar Muadzam Shah atau Pahang serta berminat untuk mengetahuai mengenai peluang-peluang keusahawan dalam bidang pertanian dan industri asas tani bolehlah menghadiri bengkel ini. Bengkel ini memfokuskan kepada tiga industri iaitu ternakan, pemprosesan makanan dan cendawan. Bagi mereka yang berminat bolehlah datang ke Stesen MARDI Muadzam Shah, Pahang pada 8 hb Mac 2012.

Kursus bermula Jam 8.30 pagi sehingga 5.30 petang.

Masuk adalah percuma.

Di bawah ini jadual untuk kursus tersebut:

Datang jgn tak datang.

Jumpa di sana…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in Kursus | Tagged , , | 5 Comments