Sebelum ini kita lihat cara membuat teluar itik masin secara tradisional atau kaedah salutan.
Kali ini kita akan lihat kaedah jeruk atau basah.
Dalam bahasa sains pengawetan.
Kaedah ini lebih mudah dan senang.
Serta boleh dipratikkan atau dibuat di rumah langsung.
Yok kita mula in.
Bahan – bahan yang diperlukan adalah
1. 10 – 30 biji telur itik
2. 500 gram garam dapur
3. 1 – 2 liter air bersih
4. bekas plastik atau kaca yang kedap udara
Cara – cara membuatnya adalah
1. Telur dicuci dan dilap bagi membuang kotoran dan debu pada permukaan kulit telur.
2. Larutan air garam dibuat dengan campuran air dan garam pada kadar 1:4 dan masukkan larutan tersebut di dalam bekas plastik atau kaca yang berpenutup kedap udara.
3. MasukkAN telur yang dibersihkan ke dalam bekas (hingga semua telur terendam) dan tutup bekas dengan penutup kedap udara.
4. Simpan telur selama 15-21 hari sebelum digunakan.
Ingat prinsip pengawetan adalah untuk mencegah peranan bakteria serta keluarnya air dari dalam telur.
Selamat mencuba!
- Mahu Untung Besar dalam Projek Fertigasi Anda? Lihat LIMA faktor mudah ini dalam penanaman secara Fertigasi. - February 2, 2022
- Khaisiat sebenar Kesum - May 23, 2021
- Gong Xi Fa Chai! Happy Chinese New Year 2021 - February 10, 2021